HARGA ayam dan telur dijangka diapungkan selepas Jun ini dalam usaha kerajaan memastikan masalah kekurangan bekalan makanan itu dapat diatasi. -GAMBAR: Abd Razak Aid

PUSAT Pendidikan Pasaran (CME) menyifatkan kenyataan Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli berhubung inflasi dan tabiat belanja pengguna yang menyebabkan kenaikan harga barangan terutama harga ayam sebagai “komunikasi yang tidak tepat”.

RAFIZI Ramli dan Friedrich August von Hayek

Rafizi dalam sidang media minggu lepas berkata, tabiat berbelanja pengguna menjadi pendorong utama kepada inflasi dengan menyatakan dalam teori ekonomi, bagi menstabilkan semula harga, permintaan sepatutnya dikurangkan berkurang apabila harga meningkat, namun trend itu tidak dapat dilihat di Malaysia.

Rafizi yang mengambil contoh harga ayam berkata, keadaan itu kenaikan itu terus berlaku terutama membabitkan kategori makanan dan bukan alkohol, yang mana permintaan tidak menurun walaupun harga ayam meningkat.

Memetik pemenang hadiah Nobel ekonomi, Friedrich August von Hayek, CME menjelaskan “maksud asal inflasi dan sebetulnya adalah peningkatan berlebihan kuantiti wang, sehingga membawa kepada peningkatan harga”.

BERITA BERKAITAN Menjawab Rafizi: Membendung Kenaikan Harga dengan Penurunan Permintaan?

“Walaupun kita memahami sasaran untuk ‘menggegar’ pengguna dengan kenyataan sedemikian, kita juga percaya pihak kementerian boleh menghantar jelas tanpa menjejaskan ketepatan alasan ekonomi,” kata Ketua Pegawai Eksekutif CME Carmelo Ferlito, dalam kenyataan.

“Sekiranya kerajaan serius menangani inflasi, ia patut bermula dengan mengenalpasti sewajarnya punca dan melaksanakan dasar komunikasi secukupnya.

“Selain itu, sekiranya kerajaan mahu rakyat berhemah menguruskan perbelanjaan mereka, kerajaan patut menghantar isyarat dengan berhemah dalam kewangannya, yang mana wang dipungut daripada rakyat menerusi percukaian.”

Ferlito berkata, dasar fiskal dan monetari besar Malaysia yang diumumkan sebelum ini merupakan usaha mengurangkan kesan ekonomi susulan pandemik Covid-19 – RM305 bilion (23% daripada KDNK) pada 2020 dan RM225 bilion (15% daripada KDNK) pada 2021 – menjadi “akar tunjang” isu inflasi yang sedang melanda.

Katanya, bagi menangani inflasi sewajarnya, kerajaan sepatutnya secara berkala memotong perbelanjaannya untuk mengurangkan kuantiti wang dalam pasaran.

Ferlito juga menggesa pelaksanaan reformasi bagi mengembalikan bajet seimbang mengikut keutamaan.

Dalam maklum balas terhadap kritikan diterimanya, Rafizi berkata, mesej utama yang mahu disampaikan adalah keperluan menangani bekalan dan permintaan untuk mewujudkan “keanjalan permintaan” lebih besar mempengaruhi harga barangan.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram