Asyraf Khalid ucap tahniah kepada Siti Nurhaliza kerana berjaya miliki rumah pertama di Dubai, siap berseloroh dah tak perlu sewa hotel

Dari Penulis

ANAK tiri kepada Datuk Seri Siti Nurhaliza iaitu Asyraf Khalid berkongsi berita gembira apabila ibu tirinya itu kini memiliki sebuah kondominium mewah di Dubai.

Menerusi perkongsian di Instagram Story, Asyraf mengucapkan tahniah kepada Siti Nurhaliza atas kejayaannya untuk membeli aset pertama di luar negara.

Malah, Asyraf turut menjadikan ibu tirinya sebagai inspirasi untuk terus berjaya dalam kerjaya.

“Tahniah Mak Iti kerana berjaya memiliki kediaman pertama di Dubai. Saya sangat gembira dan bangga melihat kejayaan Mak Iti.

“Kejayaan ini memberi inspirasi kepada saya dan Tya. Doakan satu hari nanti, saya pun boleh ikut jejak langkah Mak Iti.

“Saya doakan Allah akan murahkan lagi rezeki Ayah dan Mak Iti. Mak Iti memang layak untuk terima semua ini atas segala usaha dan penat lelah selama ini,” tulisnya.

Dalam hantaran sama, Asyaf sempat berseloroh apabila dia tidak lagi perlu menyewa di hotel memandangkan dia boleh menumpang menginap di kediaman ibu tirinya jika bercuti ke Dubai.

Sementara itu, menerusi perkongsian di Instagram Story Siti Nurhaliza, penyanyi Aku Bidadari Syurgamu itu ada memuat naik video lokasi dan ruang dalam rumahnya itu.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

“Selama ini tak pernah terfikir…,” – Iman Troye taruh kreativiti demi showcase solo

PENYANYI, Iman Troye meluahkan rasa teruja bercampur gemuruh apabila namanya dipilih sebagai antara pengisi utama bagi siri persembahan eksklusif,...

More Articles Like This