Dua pemuda ditahan, 320 kg syabu dirampas di Setiawangsa

Izzat Nasuruden
Izzat Nasuruden
Penulis merupakan wartawan di UtusanTV dengan pengalaman 11 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada Januari 2022, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media arus perdana dan portal berita lain sejak 2015. Sepanjang kerjaya, penulis telah menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu seperti jenayah, politik, perkembangan semasa dan hiburan.

Dari Penulis

POLIS berjaya merampas 320 kilogram dadah jenis Syabu dalam Op Lambkin yang dilakukan di kawasan Setiawangsa pada 24 Disember lalu.

Timbalan Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Yahaya Othman berkata, pihaknya turut berjaya menahan dua lelaki tempatan yang disyaki terlibat dalam kes tersebut.

Beliau berkata, serbuan tersebut telah berjaya membongkar satu stor simpanan dadah milik sindeket pengedaran yang bergiat aktif sejak September lalu.

“Dalam serbuah di sebuah rumah di kawasan Setiawangsa, kita telah merampas 13 guni berisi 310 bungkusan Teh Cina berwarna kuning keemasan dan hijau.

“Bungkusan itu disyaki dadah jenis Syabu dengan anggaran berat 320 kg bernilai lebih kurang RM11.5 juta pasaran semasa,” katanya dalam sidang akhbar hari ini.

Timbalan Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Yahaya Othman (tengah) bersama pegawainya menunjukkan sebahagian dadah jenis syabu bernilai RM11.5 juta yang dirampas selepas berjaya menumpaskan sindiket pengedaran dadah dan membongkar stor simpanan dadah di Setiawangsa ketika mengadakan sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur, hari ini. GAMBAR: Abd Razak Aid

Baca lagi: Polis tahan sepasang suami isteri bawa dadah bernilai lebih RM9.5 juta

Mengulas lanjut, Yahaya berkata, suspek yang ditahan adalah seorang lelaki berusia 29 dan 34 tahun.

Jelas beliau, suspek pertama yang berusia 29 tahun merupakan jurujual kereta dan mempunyai dua kes dadah dan dua kes jenayah curi.

Kata Yahaya, hasil ujian urin mendapati suspek pertama positif dadah.

“Manakala suspek kedua pula bekerja sebagai jurujual online dan semakan rekod jenayah lampau mendapati dia mempunyai tiga kes dadah dan satu kes jenayah.

“Hasil ujian urin mendapati  dia negatif dadah. Selain rampasan dadah, polis turut menyita sebuah kereta jenis Toyota Vios dianggarkan bernilai RM20,800,” katanya.

Yahaya berkata, kedua-dua suspek telah direman tujuh hari bermula 25 hinigga 31 Disember untuk disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Kesemua 104 perlawanan Piala Dunia 2026 disiarkan RTM, UnifiTV

KESEMUA 104 perlawanan Piala Dunia 2026 boleh ditonton di UnifiTV dan saluran-saluran utama Radio Televisyen Malaysia (RTM) di platform...

More Articles Like This