SEORANG lelaki direman polis selepas menyebabkan tiga orang cedera gara-gara memandu lawan arus sehingga terlibat dalam satu kemalangan awal pagi tadi.
Kemalangan berlaku berhampiran jejambat Taman Megah, Lebuhraya Damansara Puchong.
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid berkata, suspek yang merupakan pemandu Honda Civic didapati memandu dibawah pengaruh alkohol.
“Kemalangan berlaku pada pukul 5.09 pagi melibatkan kereta dipandu suspek dan sebuah Proton Saga.
“Siasatan awal mendapati pemandu berusia 27 tahun itu telah melanggar Proton Saga dari arah hadapan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Baca artikel : Lelaki mabuk, positif ganja langgar dua kenderaan ditahan
Katanya, dua orang penumpang Honda Civic dan pemandu Proton Saga mengalami kecederaan dan dibawa ke Pusat Perubatan Universiti Malaya untuk menerima rawatan.
Kes kini disiasat di bawah Seksyen 44 Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Sehubungan itu, saksi kejadian diminta berhubung dengan Penolong Pegawai Penyiasat Trafik, Sarjan Juwita Selamat di talian 019-2841667.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

