Bersatu hantar notis perihal kekosongan empat kerusi Parlimen di Sabah

Izzat Nasuruden
Izzat Nasuruden
Penulis merupakan wartawan di UtusanTV dengan pengalaman 11 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada Januari 2022, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media arus perdana dan portal berita lain sejak 2015. Sepanjang kerjaya, penulis telah menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu seperti jenayah, politik, perkembangan semasa dan hiburan.

Dari Penulis

PARTI Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) telah menghantar notis kepada Yang di-Pertua Dewan Rakyat untuk memastikan telah berlaku kekosongan luar jangka dalam kalangan ahli-ahli Dewan Rakyat.

Naib Presiden Bersatu, Datuk Seri Ronald Kiandee berkata, ia melibatkan empat daripada ahlinya yang bertanding dalam Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) sebagai ahli parti Bersatu dengan menggunakan logo parti Gabungan Rakyat Sabah (GRS).

Jelas Ronald, Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin telah mengesahkan keempat-empat ahli Dewan Rakyat tersebut adalah calon yang bertanding pada PRU15 sebagai anggota Bersatu.

Tambahnya, keahlian empat ahli Dewan Rakyat itu dalam GRS juga adalah sebagai anggota Bersatu.

“Walau bagaimanapun, pada 10 Disember 2022 , Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Noor telah membuat satu kenyataan media yang menyatakan bahawa kesemua pemimpin parti Bersatu telah keluar dari parti Bersatu. 

“Keempat-empat ahli Dewan Rakyat tersebut adalah Datuk Armizan Mohd. Ali (P.175 Papar), Khairul Firdaus Akbar Khan (P.185 Batu Sapi), Datuk Jonathan Yasin (P.179 Ranau) dan Datuk Matbali Musah (P.178 Sipitang),” katanya dalam kenyataan hari ini.

Baca lagi: Skuad Prihatin Bersatu bantu mangsa banjir Pantai Timur – Muhyiddin

Mengulas lanjut, Ronald berkata, keempat-empat Ahli Dewan Rakyat tersebut telah berada di blok kerajaan pada sidang Dewan Rakyat pada 19 Disember lalu.

Tegas beliau, tindakan menyertai dan duduk di blok yang tidak menyokong parti Bersatu yang diterajui oleh Muhyiddin merangkap Presiden Bersatu dan Datuk Seri Hamzah Zainudin sebagai Ketua Pembangkang adalah crossing the floor dan melanggar janji pilihan raya mereka kepada para pengundi. 

“Akibat daripada itu, keahlian mereka sebagai anggota parti Bersatu telah gugur mengikut perlembagaan parti dan perkara ini telah dimaklumkan melalui surat bertarikh 21 Disember 2022. 

“Justeru, menurut Perkara 49A(3) Perlembagaan Persekutuan, ahli-ahli Dewan Rakyat tersebut hendaklah terhenti menjadi ahli Dewan Rakyat dan kerusi mereka hendaklah dikosongkan. 

“Selanjutnya telah dipohon jua kepada Yang di-Pertua Dewan Rakyat supaya perkara ini dimaklumkan kepada Suruhanjaya Pilihan Raya dalam tempoh 21 hari dari tarikh penerimaan notis bertulis supaya proses pilihan raya dapat diatur bagi mengisi kekosongan tersebut,” katanya.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Kenyataan MB Johor mengenai DAP: ‘Tak perlu mana-mana pihak terlalu melatah’

MANA-MANA pihak diingatkan tidak perlu terlalu melatah atau keterlaluan dalam mengkritik kenyataan Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi...

More Articles Like This