BEKAS Ahli Parlimen Rompin, Datuk Seri Hasan Arifin meletakkan jawatan sebagai Pengerusi Bukan Eksekutif Tenaga Nasional Bhd (TNB).
Perkara tersebut dimaklumkan syarikat utiliti nasional itu kepada Bursa Malaysia, hari ini.
Menurut makluman berkenaan, Hasan, 69, akan melepaskan jawatan itu berkuat kuasa 1 Januari 2023.
“Beliau juga akan melepaskan jawatan sebagai pengerusi atau pengarah dalam anak-anak syarikat di bawah kumpulan syarikat TNB.
“Lembaga Pengarah TNB menzahirkan penghargaan kepada Datuk Seri Hasan Arifin di atas sumbangannya kepada syarikat,” katanya.
Hasan dilantik sebagai Pengerusi TNB pada 1 Oktober 2021 menggantikan penyandang sebelum itu iaitu Datuk Seri Mahdzir Khalid selepas bekas Ahli Parlimen Padang Terap itu dilantik menjadi Menteri Pembangunan Luar Bandar pada 30 Ogos 2021.
Baca artikel berkaitan: Hasan Arifin dilantik Pengerusi TNB
Beliau pernah dilantik sebagai Pengerusi Pengurusan Aset Air Berhad pada tahun 2020.
Ahli Parlimen Rompin selama dua penggal itu juga pernah menyandang jawatan Pengerusi Lembaga Kemajuan Perusahaan Pertanian Negeri Pahang (1990-1999), Pengerusi Lembaga Pembangunan Wilayah Pahang Tenggara (1995- 1998) dan Pengerusi Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) pada 2015-2018.
Hasan pernah menjadi Ahli Lembaga Pengarah Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA) bermula 1991 hingga 1995 dan UDA Holdings Berhad (2010-2015).
Pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15), beliau tidak berjaya mempertahankan kerusi Parlimen Rompin selepas tewas kepada calon Perikatan Nasional (PN), Datuk Abdul Khalib Abdullah dengan majoriti tipis 1,438 undi.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital.
Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016.
Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

