Pembantu pusat jagaan bunuh pesakit mental ditahan polis

Dari Penulis

SEORANG pembantu pusat jagaan ditahan polis selepas dipercayai membunuh seorang pesakit mental di Psychiatric Home Care Service, Bukit Beruntung pada Ahad.

Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Superintendan Suffian Abdullah berkata, pihaknya menerima laporan daripada pekerja pusat jagaan memaklumkan mangsa berusia 52 tahun ditemui dalam keadaan tidak sedarkan diri pada pukul 8.45 pagi.

Beliau berkata, pengadu kemudian menghubungi talian 999 dan pegawai pembantu perubatan yang hadir ke lokasi telah mengesahkan kematian mangsa.

“Mayat mangsa dibawa ke Hospital Sungai Buloh bagi tujuan bedah siasat dan mengetahui punca kematian,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Baca artikel : Anak durjana rogol ibu, adik kandung serta ugut bunuh jika buka mulut

Tambahnya terdapat kecederaan lebam pada kaki dan tangan mangsa dipercayai akibat objek tumpul.

Bertindak atas maklumat, polis melakukan serbuan dan menangkap suspek seorang lelaki warga asing berusia 33 tahun serta merampas barang kes pada pukul 1 pagi kelmarin.

Jelasnya, hasil ujian air kencing ke atas suspek adalah negatif dan tidak mempunyai rekod jenayah lampau.

“Suspek kini ditahan reman selama tujuh hari sehingga Isnin di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan,” ujarnya.

Suffian berkata, sebarang maklumat boleh menghubungi Pegawai Penyiasat Inspektor Azman Abdul Karim di talian 03- 60641223 bagi membantu siasatan.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Pemasyhuran Tunku Nadzaruddin tidak sah, lepaskan sendiri jawatan Tunku Panglima Besar Negeri Sembilan

ISTIADAT pemasyhuran Tunku Nadzaruddin Tuanku Ja'afar sebagai Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan ke-12 di sebuah hotel di Alor Gajah,...

More Articles Like This