Polis sedang menunggu laporan forensik bagi mengenal pasti isi kandungan bahan letupan yang digunakan hingga menyebabkan seorang pelayan sebuah restoran di Pandan Indah, Ampang, maut malam tadi.
Timbalan Ketua Polis Selangor Datuk S. Sasikala Devi berkata setakat ini siasatan kes itu sedang dijalankan merangkumi semua aspek.
“Kami masih mengesan suspek yang terlibat,” katanya kepada media selepas Majlis Serah Terima Tugas Jawatan Ketua Polis Selangor di perkarangan Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor hari ini.
Mengulas dakwaan sebuah hantaran yang tular di media sosial, mendakwa bahan letupan itu merupakan buatan sendiri, Sasikala berkata perkara itu juga sedang disiasat.
Baca artikel : Pelayan restoran maut, bungkusan atas bonet kereta meletup
Terdahulu, media melaporkan seorang lelaki tempatan berusia 28 tahun maut selepas bungkusan yang ditinggalkan di atas bonet keretanya meletup malam tadi.
Ketua Polis Daerah Ampang Jaya ACP Mohamad Farouk Eshak berkata pihaknya menerima panggilan orang awam memaklumkan ada bunyi letupan di tempat kejadian yang berlaku pada 8.55 malam.
— BERNAMA
Friday , 30 December 2022
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

