Konsert Hael Husaini yang dijadualkan pada Februari depan terpaksa dibatalkan akibat masalah kesihatan

Dari Penulis

SYARIKAT Rocketfuel Entertainment sekali lagi dengan rendah hatinya ingin mengumumkan bahawa konsert sulung penyanyi Hael Husaini yang sebelum ini ditunda ke tarikh baharu iaitu pada 19 Februari 2023, jam 8.30 malam bertempat di Zepp Kuala Lumpur terpaksa dibatalkan.

Dalam sebuah petikan yang diambil, wakil dari pihak Rocketfuel menjelaskan, “Terlebih dahulu, kami memohon maaf sekali lagi kepada semua bagi pihak pengurusan di atas pembatalan konsert Hael Husaini Live In KL.

“Keputusan untuk membatalkan konsert ini terpaksa dilakukan atas beberapa faktor dan yang paling utamanya adalah faktor kesihatan Hael yang tidak dapat dielakkan setelah mendapat nasihat daripada doktor.

“Saya faham perasaan gusar yang bakal dirasai para pembeli tiket yang sudah pun membeli tiket konsert, saya memberi jaminan bahawa setiap pembeli akan diberikan ‘refund’ yang penuh.

“Sebagai maklumat tambahan, segala pengembalian wang boleh dilakukan pada laman web yang tertera dalam kenyataan media ini,” kata wakil penganjur.

Pihak Rocketfuel turut menzahirkan rasa dukacita mereka diatas pembatalan konsert ini kerana segala persiapan sudah pun menghampiri 70 peratus dan pelbagai aksi menarik yang telah direncanakan dengan lebih kurang 30 buah lagu yang bakal dipersembahkan.

Kebelakangan ini, tahap kesihatan Hael tidak berapa baik oleh kerana jadual kerjanya yang terlalu padat, namun begitu dia masih giat dengan segala persiapan konsert sehingga tahap kesihatannya merosot dan setelah berbincang dengan doktor, dia dinasihatkan untuk berehat dan tidak melakukan sebarang aktiviti seni buat sementara waktu.

“Hanya ucapan terima kasih yang tidak terhingga dapat kami  sampaikan kepada semua pihak kerana dapat menerima pembatalan konsert ini walaupun dengan hati yang berat.

“Dan semoga semua pihak menerima berita pembatalan konsert ini dengan hati yang terbuka,” ujarnya lagi.

Bagi proses pengembalian duit buat pembeli tiket konsert, sila hubungi talian Ubertickets WhatsApp Hotline 019 5881810


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

“Selama ini tak pernah terfikir…,” – Iman Troye taruh kreativiti demi showcase solo

PENYANYI, Iman Troye meluahkan rasa teruja bercampur gemuruh apabila namanya dipilih sebagai antara pengisi utama bagi siri persembahan eksklusif,...

More Articles Like This