Dituduh buat pembedahan plastik pada bahagian hidung, sebenarnya Zarina Zainuddin ada masalah sinus & migrain sampai tahap nak hantuk kepala ke dinding!

Dari Penulis

PELAKON Zarina Zainuddin menempelak dakwaan sesetengah pihak yang memfitnahnya sengaja membuat pembedahan hidung hanya semata-mata ingin kelihatan lebih cantik.

Sebaliknya, ujar Zarina,52, dia bertindak melakukan pembedahan tersebut selepas tidak tahan dengan masalah sinus dan migrain yang dialaminya selama beberapa tahun.

“Saya baca macam-macam komen. Bagi yang tak mengenali, saya ada masalah sinus yang teruk dan migrain.

“Sampai satu tahap rasa nak buka tudung sebab terlalu sakit kepala. Ada masanya sampai rasa nak hantuk kepala ke dinding.

“Saya jumpa doktor dan buat pembedahan untuk mengeluarkan bendalir dibawah mata. Ingat saya nak hidung macam ini? Hidung saya dah cukup cantik sebelum ini,” ujarnya menerusi video di Instagram miliknya.

Ujar Zarina, dia meminta orang luar yang tidak tahu untuk menghentikan semua tuduhan tidak berasas sehingga boleh mendatangkan fitnah terhadap dirinya dan keluarga.

Malah, Zarina juga berharap individu yang menyebarkan cerita tidak benar mengenai dirinya yang sengaja melakukan pembedahan tersebut disebabkan ingin tampil cantik untuk berjumpa dengannya dan memohon maaf.

“Kepada mereka yang tidak tahu tapi terus ‘judge’ jumpa saya untuk minta maaf sebelum saya mati atau cari saya di akhirat.

“Saya baca komen-komen anda sampai boleh menangis dan lagi tambah sakit kepala,” luahnya.

Sementara itu, Zarina turut mendedahkan anak lelakinya iaitu Azal turut berdepan masalah yang sama.

“Azal pun alami masalah sama, tetapi saya tak sanggup nak buat pembedahan disebabkan keadaannya begitu (autisme). Jadi, Azal hanya makan ubat saja.

“Saya terima keadaan saya begini dan Jika anda sayangkan saya, tolong doakan saya. Jangan hanya sedap cakap, hati orang terluka korang masih boleh ketawa ya,” tegasnya.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

“Selama ini tak pernah terfikir…,” – Iman Troye taruh kreativiti demi showcase solo

PENYANYI, Iman Troye meluahkan rasa teruja bercampur gemuruh apabila namanya dipilih sebagai antara pengisi utama bagi siri persembahan eksklusif,...

More Articles Like This