Harimau Malaya tagih sokongan peminat menentang Singapura – Pan Gon

Dari Penulis

SKUAD Harimau Malaya merayu sokongan tidak berbelah bahagi daripada peminat menjelang perlawanan penting antara Malaysia dengan Singapura dalam perlawanan terakhir Kumpulan B saingan Piala Persekutuan Bolasepak ASEAN (AFF) 2022 di Stadium Nasional di Bukit Jalil, malam esok.

Ketua jurulatih kebangsaan Kim Pan Gon berkata peminat sentiasa memberi sokongan yang diperlukan pasukannya setakat ini, namun malam esok, sokongan luar biasa daripada peminat pastinya akan membantu Malaysia dalam misi merangkul kemenangan ke atas Singapura.

“Seperti selalunya saya rasa peminat bola sepak Malaysia memberi sokongan padu, yang amat dihargai, tetapi esok kami memerlukan sokongan istimewa daripada peminat bola sepak Malaysia untuk pemain-pemain Harimau Malaya.

“Esok akan kami jadikan seperti festival, jadi semua datanglah memberi sokongan kepada kami, kami akan memberikan yang terbaik untuk berjuang demi anda,” katanya pada sidang media praperlawanan di Bukit Jalil, hari ini.

Baca artikel berkaitan: Kim Pan Gon mohon maaf, jurulatih Vietnam berkata tiada sebab Malaysia perlu pertikai keputusan pengadil

Selepas Singapura seri tanpa jaringan ketika menentang Vietnam, Jumaat lepas, Malaysia tiada pilihan kecuali merekodkan kemenangan untuk layak ke separuh akhir bagi mengelak daripada tersingkir awal buat kali kedua berturut-turut dalam kejohanan itu.

Singapura, yang juga juara empat kali dan hanya memerlukan seri esok, kini mempunyai kelebihan satu mata di tempat kedua manakala Malaysia di tempat ketiga dengan enam mata.

Kali terakhir Malaysia menewaskan Singapura ialah pada aksi terakhir Kumpulan B Piala AFF 2014 yang menyaksikan dua gol ‘epik’ lewat permainan – penalti Safiq Rahim dan penyudah jarak jauh Indra Putra Mahayuddin membantu pasukan menang 3-1 di Stadium Nasional Singapura sekali gus mara ke separuh akhir.

Menurut perkongsian Facebook Persatuan Bola Sepak Malaysia setakat 2.42 petang ini, sejumlah 38,819 tiket telah dijual menjelang pertembungan esok.

— BERNAMA

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Pemasyhuran Tunku Nadzaruddin tidak sah, lepaskan sendiri jawatan Tunku Panglima Besar Negeri Sembilan

ISTIADAT pemasyhuran Tunku Nadzaruddin Tuanku Ja'afar sebagai Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan ke-12 di sebuah hotel di Alor Gajah,...

More Articles Like This