“Pulanglah…,” – Ras Adiba tetap berharap Zalina Azman kembali kepada keluarga dengan selamat

Dari Penulis

MEMASUKI tahun 2023, misteri kehilangan bekas personaliti TV3, Zalina Azman terus menjadi tanda tanya semenjak berita mengenai dirinya terpampang di media massa tahun lalu.

Sahabat baik Zalina iaitu Senator Ras Adiba Radzi,55, sentiasa positif dan berharap Zalina akan kembali ke pangkuan keluarga satu hari nanti.

“Kami masih belum menemui kamu. Banyak spekulasi dan berita palsu berleluasa tetapi saya tetapi saya tidak akan berputus asa.

“Sekiranya Zal (panggilan Zalina) membaca mesej ini, tahulah yang Deep rindu pada Zal dan Deep harap Zal akan cari Deep. Telefon Deep ya, Zal. Pulanglah,” tulisnya di Instagram.

Sekitar Julai tahun lalu, Ras Adiba menggunakan initiatif sendiri untuk mencari Zalina di sekitar Shah Alam sebaik sahaja kenyataan media daripada Ibu Pejabat Polis (IPD) Shah Alam disebarkan di media sosial.

Menerusi laporan tersebut, anak lelaki Zalina iaitu Mikhael Norman,34, memberitahu, ibunya gagal dihubungi sejak November 2021.

Misi mencari Zalina itu turut disertai suami Ras Adiba iaitu Mohamed Azam Ali, rakan-rakan rapat dan kru TV3.

Pada operasi hari pertama, mereka meronda selama enam jam bermula dari jam 6 petang sehingga 11 malam. Mereka meronda di sekitar kediaman Zalina di Jalan Ketiau, Seksyen 3, Bulatan Kayangan dan Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam bagi mencari petunjuk namun gagal mencari sebarang tanda.

Sementara itu, pihak polis menerusi kenyataan media pada Disember lalu, kertas siasatan terhadap orang hilang seperti Zalina tidak pernah ditutup.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

“Selama ini tak pernah terfikir…,” – Iman Troye taruh kreativiti demi showcase solo

PENYANYI, Iman Troye meluahkan rasa teruja bercampur gemuruh apabila namanya dipilih sebagai antara pengisi utama bagi siri persembahan eksklusif,...

More Articles Like This