INSTITUT Masa Depan Malaysia (MASA) menerima sejumlah 134 kertas cadangan daripada 21 institusi pengajian tinggi awam dan swasta serta pertubuhan bukan kerajaan bagi Geran Penyelidikan Program Pembangunan Dasar MASA.
Ketua Pegawai Eksekutifnya, Azril Mohd. Amin berkata, penyertaan tersebut mendapat sambutan memberangsangkan sejak diperkenalkan buat pertama kali pada tahun lalu.
Jelasnya, semua kertas cadangan merangkumi tujuh bidang keutamaan di bawah Pelan Pemulihan Negara (PPN) melalui proses tapisan awal Sekretariat Program Pembangunan Dasar MASA (MPDP) diikuti penilaian panel penilai terdiri daripada pakar bidang, bekas pegawai tinggi kerajaan dan ahli akademik.
“Daripada jumlah itu, sebanyak 30 kertas cadangan merangkumi topik kajian dalam bidang ekonomi, sosial, kebajikan, pendidikan serta pembangunan lestari disenarai pendek dan diputuskan layak oleh panel penilai untuk menerima geran penyelidikan MPDP.
“Mereka yang terpilih akan ditawarkan geran penyelidikan bernilai sehingga RM10,000 untuk setiap kertas ringkasan polisi yang dihasilkan.
BERITA BERKAITAN Tourplus, MDEC tawar pengiktirafan dan geran untuk operator penginapan
“Penerima geran MPDP digalakkan untuk menerbitkan laporan penyelidikan masing-masing dalam jurnal terkemuka, sama ada di dalam atau luar negara,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Azril berkata, MPDP yang diperkenalkan pada September tahun lalu bertujuan menyediakan peluang kepada penyelidik untuk memberikan input dan cadangan polisi bagi membantu proses pelaksanaan pemulihan negara serta strategi dan pelan kerajaan pasca COVID-19
“Institut MASA mengucapkan tahniah kepada penerima geran penyelidikan MPDP yang terpilih. Syabas!,” katanya.
Senarai penerima geran yang berjaya boleh dilayari di laman web Institut MASA di
https://institutmasa.com/ms/geran-penyelidikan-program-pembangunan-dasar-masa-mpdp/. –
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram
FacebookTwitterEmailWhatsAppTelegramLinkedInShare