Alhamdulillah, masih dipanjangkan usia untuk mengisi helaian di sini. Apa target seterusnya? Nukilkan goals terbaik yang anda impikan untuk langkah baharu. Selamat mengisi lembaran tahun 2023 dengan pelajaran, cabaran dan pengalaman yang lebih membanggakan berbanding tahun sebelumnya.
Hijrah Tahun Baharu
Setiap orang pasti mengimpikan untuk menjadi lebih baik. Ada yang baru bertudung sempena tahun baru? Cadangan HF, apa kata anda gayakan tudung bawal empat segi atau selendang dengan lilitan ringkas untuk permulaan. Oh, boleh lihat tutorial mudah di Youtube atau belek tutorial mudah di majalah Hijab Fesyen sebelum ini.

Plan Your Days
‘A goal without plan is just a wish‘. Rancang hari anda dengan lebih teratur dan letakkan target untuk apa yang anda impikan. Walaupun mungkin sukar dan mencabar, sekurang-kurangnya anda mencuba sehabis baik. Semoga impian menjadi realiti.

DIET!
Antara hal wajib ada dalam senarai setiap tahun..hahaha. Semoga tahun ini akan terlaksana dengan lebih baik. Mungkin Diet Suku Suku Separuh boleh membantu, lupakan pil kurus okay? Untuk kekal sihat, amalkan diet dan gaya hidup pemakanan sihat.

Travel
‘Once a year, go somewhere you’ve never been before – Dalai Lama’. Ke mana agaknya lokasi yang mahu diterokai tahun ini? Seeloknya rancang dan tempah percutian lebih awal. Jangan lupa rakam foto menarik buat kenangan.
