
PASUKAN keselamatan Ukraine didakwa melancarkan serangan roket di kemudahan di wilayah timur Donetsk, lokasi di mana tentera Rusia ditempatkan, membunuh 63 orang daripada mereka.
Arab News memetik kenyataan Kementerian Pertahahan Rusia sebagai berkata, ia merupakan salah satu serangan paling berbahaya dilakukan ke atas pasukan keselamatan Kremlin sejak perang bermula 10 bulan lalu.
Pasukan keselamatan Ukraine didakwa, melepaskan enam roket melalui sistem pelancar HIMARS namun begitu, dua daripadanya berjaya ditembak jatuh.
Serangan itu didakwa menggunakan senjata dibekalkan oleh Amerika Syarikat (AS) yang dipercayai sangat kritikal bagi Ukraine dalam menyerang beberapa kawasan utama Rusia.
Bagaimanapun, dakwaan tersebut tidak diberi tindak balas langsung oleh Ukraine pada ketika Kementerian Pertahanan Rusia enggan mendedahkan bila serangan itu berlaku.
Baca artikel lain: Covid-19: Bersatu gesa sekat pelancong dari China elak ancaman varian baharu
Dalam pada itu, Direktorat Komunikasi Strategik Angkatan Tentera Ukraine mendakwa, sekitar 400 anggota tentera Rusia terbunuh di dalam sebuah bangunan sekolah vokasional di Makiivka dengan 300 lagi cedera.
Namun begitu, dakwaan Ukraine itu tidak dapat disahkan meskipun kenyataan dari Rusia menyatakan serangan berlaku di Makiivka namun tidak menyebut sekolah vokasional.
Dalam perkembangan lain, Rusia melancarkan drone dalam serangan tengah malam di Ukraine, kata pegawai pada Isnin, ketika Kremlin memberi bayangan tidak mungkin serangan akan dikendurkan.
Datuk Bandar Kyiv, Vitali Klitschko mendakwa, sebanyak 40 buah drone berterbangan di sekitar bandar tersebut dengan pasukan pertahanan udara berkata, kesemuanya berjaya ditembak jatuh.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram