Pejalan kaki warga India maut dilanggar kereta

Dari Penulis

Seorang pejalan kaki warga India maut selepas dilanggar sebuah kereta di Kilometer (KM) 23, Jalan Klang-Banting-Kuala Lumpur, Banting, awal pagi tadi.

Dalam kejadian kira-kira 1.10 pagi, mangsa dikenali sebagai Ramakrishnan Aravint, 24, maut di lokasi kejadian akibat kecederaan parah di kepala.

Ketua Polis Daerah Hulu Langat Superintendan Ahmad Ridhwan Mohd Nor @ Saleh berkata siasatan awal mendapati kereta yang dipandu lelaki tempatan berusia 22 tahun itu menghala ke arah Banting dari Klang sebelum merempuh mangsa yang sedang melintas jalan.

“Akibat daripada perlanggaran itu pejalan kaki berkenaan telah terpelanting pada cermin besar hadapan dan jatuh di atas pembahagi jalan sebelum disahkan meninggal dunia di lokasi kemalangan.

“Pemandu kereta yang bekerja sebagai ejen insurans tidak mengalami sebarang kecederaan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Ahmad Ridhwan berkata pihaknya sedang mengesan waris atau majikan mangsa bagi proses pengecaman mayat di Unit Forensik, Hospital Banting dan kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. 

Beliau meminta orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian itu supaya menghubungi balai polis berhampiran atau Inspektor Keisha Nur Azalea Betty Saran menerusi talian 011-62622972 atau 03-31872222 bagi membantu siasatan.

— BERNAMA

Thursday , 05 January 2023


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Kenyataan MB Johor mengenai DAP: ‘Tak perlu mana-mana pihak terlalu melatah’

MANA-MANA pihak diingatkan tidak perlu terlalu melatah atau keterlaluan dalam mengkritik kenyataan Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi...

More Articles Like This