PRN: PAS tampil 30 peratus muka baharu di Kelantan – Mohd Amar

Dari Penulis

PAS akan mengemukakan 30 peratus calon muka baharu pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Kelantan akan datang, kata Naib Presiden, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah.

Beliau berkata calon muka baharu itu kelak akan meliputi calon dalam kalangan veteran, orang muda, wanita dan ulama.

“Saya selalu sebut setiap kali pilihan raya akan berlaku perubahan calon… biasanya akan ada 30 peratus calon baharu…kita campur, ada orang lama, calon muda, wanita dan ulama.

“Kita akan memberi perhatian dengan mempertaruhkan calon-calon yang boleh menang pada PRN kali ini sama ada muka baharu atau lama,” katanya pemberita selepas Majlis Amanat Tahun Baharu 2023 dan Perhimpunan Penjawat Awam Kelantan, di Kompleks Kota Darul Naim, hari ini.

Sementara itu, Mohd Amar, yang juga Timbalan Menteri Besar, berkata setakat ini tiada sebarang perbincangan mengenai pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN).

“Apa-apa keputusan kita serah dan tunggu Menteri Besar (Datuk Ahmad Yakob) yang akan tentukan bila masa yang bersesuaian selepas dapat perkenan Tuanku (Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V),” katanya.

Parlimen dibubarkan pada 10 Oktober tahun lepas bagi memberi laluan kepadaPilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) diadakan pada 19 November lalu.

Hanya Pahang, Perak dan Perlis mengadakan pilihan raya peringkat DUN bersekali dengan Parlimen berikutan langkah ketiga-tiga negeri berkenaan membubarkan DUN masing-masing.

Negeri diterajui Pakatan Harapan iaitu Pulau Pinang, Negeri Sembilan dan Selangor serta negeri diterajui PAS iaitu Terengganu, Kelantan dan Kedah, memutuskan tidak membubarkan DUN.

— BERNAMA

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Penempatan haram Rohingya berlarutan di Sungai Tekali atas kebenaran pemilik tanah

PEMILIK tanah yang membenarkan pembinaan struktur dan penempatan tanpa kelulusan oleh warga Rohingya di Sungai Tekali dikenal pasti sebagai...

More Articles Like This