UMNO tak mampu lagi bolot undi penyokong tegar Melayu – Shahril Hamdan

Azrul Hakimie Anuer
Azrul Hakimie Anuer
Penulis merupakan wartawan di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 18 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2022, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak/penyiaran/portal lain sejak tahun 2008. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama (perkembangan semasa/politik/sukan).

Dari Penulis

UNTUK kekal releven di mata pengundi, UMNO perlu menawarkan agenda ekonomi yang menyeluruh untuk bangsa Melayu dan Malaysia.

Naib Ketua Pemudanya, Shahril Sufian Hamdan berkata, UMNO kini tidak lagi mampu membolot undi pengundi konservatif Melayu yang akan mengundi semata-mata jiwa dan jati diri kemelayuan.

Katanya, UMNO juga perlu menjadi parti yang memiliki idea untuk menginspirasikan kelompok bukan Melayu sebagai satu bentuk tarikan baharu kepada pengundi.

“Cadangan spesifik mungkin satu cara untuk kita relevenkan balik dengan pengundi Melayu segenap kelompok ini ialah dengan mempunyai agenda ekonomi yang menyeluruh untuk bangsa Melayu dan Malaysia.

“Mungkin benda ini nampak skema, tapi saya pun tak pasti apa lagi yang kita nak bagi pada orang Melayu kalau tak ada agenda ekonomi itu, tak ada harapan untuk masa depan mereka.

“Kalau nak harap mereka sokong sebab kita punya warisan, kita punya sejarah, kita punya identiti sebagai parti Melayu ini dah terbukti tak boleh.

“Tanpa satu agenda dan visi baru kita dah jadi sandwich, yang Melayu pergi sana bukan Melayu pergi sana, mana tempat UMNO ni?,” soalnya dalam rakaman video dimuat naik di Facebooknya, hari ini.

Baca artikel lain: Najib kemuka petisyen kepada PBB, mohon bebas daripada penjara atau kes SRC dibicara semula

Shahril menegaskan, pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) dapat dilihat bahawa kawasan majoriti Melayu atau majoriti besar Melayu kini bukan lagi menjadi kubu kuat UMNO.

Katanya, daripada 63 kerusi Parlimen yang mempunyai lebih 80 peratus Melayu, Barisan Nasional (BN) hanya memenangi sembilan kerusi dan selebihnya dibolot Perikat Nasional (PN).

“Terdapat 28 Parlimen yang mempunyai 70 peratus hingga 80 peratus Melayu dan BN hanya menang tiga, nanakala bagi bawah 50 peratus Melayu maknanya kerusi campuran, kosong.

“Implikasinya, susah untuk UMNO dapat undi orang Melayu semata-mata sebab UMNO parti Melayu,” katanya lagi.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Bersatu dukacita dengan Pas tetapi tetap kekal dalam PN

BERSATU melahirkan rasa dukacita dengan Pas yang mengumumkan memberhentikan kerjasama politik dengan parti itu. Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin...

More Articles Like This