Puteri Sarah ucap tahniah kepada Syamsul Yusof sebab mengaku dah kahwin lagi -“…dah berbulan nikah di Thailand…,”

Dari Penulis

ISTERI pertama pengarah Syamsul Yusof iaitu Puteri Sarah Liyana mengucapkan tahniah kepada suaminya selepas membuat pendedahan sudah bernikah dengan Ira Kazar di Thailand, hari ini.

Menerusi entri di Instagram Story, Puteri Sarah bagaimanapun terkejut dengan kenyataan Syamsul yang seolah-olah meletakkan kesalahan kepadanya atas apa yang berlaku selama ini.

Malah, dedah Puteri Sarah lagi, suaminya itu sebenarnya sudah berbulan bernikah sekaligus menafikan pendedahan pengarah filem Mat Kilau:Kebangkitan Pahlawan itu yang mengatakan baharu bernikah pada hari ini.

“Awak letakkan semua kesalahan di pihak saya? Okey, tunggu. Saya tengah di set penggambaran sekejap. Sekejap lagi saya buat video. Tunggu ya.

“Apa-apa pun tahniah sebab akhirnya mengaku (bernikah) dan berdaftar selepas dah berbulan nikah di Thailand kan,” katanya.

Terdahulu, Syamsul membuat pengakuan menerusi video di Instagram mengesahkan dia sudah bernikah dengan Ira di Thailand, hari ini.

Syamsul berkata, pernikahan itu berwalikan bapa Ira yang juga pelakon veteran, Kazar Saisi.

ARTIKEL BERKAITAN: Syamsul Yusof mengaku dah nikah dengan Ira Kazar, minta Puteri Sarah pulang ke rumah untuk selesaikan konflik rumah tangga

Dalam video itu, Syamsul turut menjelaskan Puteri Sarah masih lagi isterinya yang sah dan memohon Puteri Sarah pulang ke rumah dan berbincang dengannya.

Menurut Syamsul, dia mahu berbincang dengan Puteri Sarah mengenai masalah mereka dan tidak mahu ia dihebahkan di media sosial seperti sebelum ini.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

“Selama ini tak pernah terfikir…,” – Iman Troye taruh kreativiti demi showcase solo

PENYANYI, Iman Troye meluahkan rasa teruja bercampur gemuruh apabila namanya dipilih sebagai antara pengisi utama bagi siri persembahan eksklusif,...

More Articles Like This