SEORANG murid lelaki berusia tujuh tahun terpaksa menahan kesakitan selama sejam selepas bibirnya tersepit pada penutup botol.
Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Kuala Lumpur berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada pukul 10 pagi dan menghantar sepasukan enam anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Keramat ke Klinik Desa Tun Hussein Onn, Jelatek.
“Komander Operasi Mohd Rusdi Ibrahim berkata, bomba berjaya mengeluarkan bibir mangsa dari penutup botol dengan menggunakan ‘mini grinder’,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Baca artikel : Murid OKU tahan sakit 30 minit kaki tersepit penutup longkang
Jelasnya, mangsa mengalami bengkak pada bibir dan dihantar ke hospital bagi menerima rawatan lanjut.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

