Sejak bila bekas menteri ada kemudahan kereta? Soal Radzi kepada Anwar

Afiq Mohd. Shah
Afiq Mohd. Shah
Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

Dari Penulis

“SOALNYA, sejak bila bekas menteri ada kemudahan kereta?.”

Persoalan itu dibangkitkan Ahli Parlimen Putrajaya, Datuk Dr Radzi Jidin kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Ia selepas Perdana Menteri mengatakan telah membatalkan kemudahan terhadap bekas-bekas menteri termasuk kemudahan kenderaan.

Radzi mendakwa, Anwar cuba mencipta fitnah susulan kenyataan membatalkan kemudahan kereta kepada bekas-bekas menteri itu.

Malah, bekas Menteri Pendidikan itu juga berkata, Anwar membatalkan perkara yang tidak wujud.

“Ini fitnah apa pula? DSAI (Datuk Seri Anwar Ibrahim) kata, beliau telah batalkan kemudahan kereta untuk bekas-bekas menteri yang baru ini.

“Batalkan perkara yang tak wujud? Bantu banteras fitnah ini, tolong kongsi-kongsikan,” katanya dalam hantaran di Facebook.

Baca artikel berkaitan: Cadangan mansuh pencen anggota Kabinet tidak munasabah – PM

Rabu lalu, Anwar dalam sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat Kabinet berkata, cadangan untuk memansuhkan atau mengurangkan pencen anggota Kabinet adalah tidak munasabah kerana perkara berkaitan pencen termaktub dalam peruntukan Perlembagaan Persekutuan.

Bagaimanapun, Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata setakat ini tindakan yang boleh dilaksanakan sebagai langkah penjimatan adalah bekas menteri yang mendapat kemudahan kereta, dibatalkan.

“Setakat ini, (langkah) itu lebih baik (kerana) melibatkan peraturan pentadbiran dan tidak melibatkan Perlembagaan,” katanya.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Penempatan haram Rohingya berlarutan di Sungai Tekali atas kebenaran pemilik tanah

PEMILIK tanah yang membenarkan pembinaan struktur dan penempatan tanpa kelulusan oleh warga Rohingya di Sungai Tekali dikenal pasti sebagai...

More Articles Like This