Kabinet Sabah dirombak lepas Hajiji jumpa PM esok?

Dari Penulis

BARISAN Kabinet Sabah dilaporkan akan dirombak selepas Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor mengadakan pertemuan dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Menurut laporan Astro Awani, pertemuan Hajiji dengan Perdana Menteri itu dijangka berlangsung di Kota Kinabalu, esok.

Ia selepas Anwar kembali daripada lawatan rasmi pertamanya ke Jakarta, Indonesia, esok.

Perdana Menteri telah pun berlepas ke Jakarta bagi memulakan lawatan rasmi selama dua hari ke negara jiran itu.

Laporan itu yang memetik sumber dalam Gabungan Rakyat Sabah (GRS) memaklumkan, senarai ahli Jemaah Menteri baharu kerajaan negeri itu mungkin diumumkan pada esok malam.

Sumber tersebut berkata, Hajiji telah menyembah maklum mengenai senarai barisan Kabinet baharu itu kepada Yang Dipertua Negeri Sabah, Tun Juhar Mahiruddin pada sesi menghadap, semalam.

“Dalam sesi menghadap semalam, Pengerusi (GRS) memaklumkan antaranya dua perkara, iaitu mempunyai sokongan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dan senarai kabinet negeri yang baharu.

Baca artikel berkaitan: UMNO, BN Sabah tarik balik sokongan kepada Hajiji

“Bagaimanapun, senarai Kabinet baharu itu hanya akan diumumkan selepas pertemuan Perdana Menteri dan Hajiji, dijangka Isnin malam.

“Sebab, Anwar ketika ini dalam lawatan kerja ke Indonesia. Balik dari Jakarta terus ke Kota Kinabalu,” katanya.

Semalam, Perdana Menteri dilaporkan berkatan keadaan politik di Sabah adalah terkawal buat masa ini.

Pada masa sama, Anwar memaklumkan akan memberi perhatian kepada perkembangan di Sabah sebaik sahaja pulang dari Jakarta.

Sebelum ini, Pengerusi Barisan Nasional (BN) Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin mengumumkan gabungan itu meliputi UMNO menarik balik sokongan kepada Hajiji susulan hilang kepercayaan terhadap kedudukannya sebagai Ketua Menteri selain mendakwa perjanjian antara BN dengan Perikatan Nasional (PN) sudah dilanggar.

Bung Moktar bagaimanapun dilaporkan mengaku lima daripada 18 ADUN BN Sabah tidak menyokong keputusan itu.

Hajiji dalam kenyataan ringkas turut mengesahkan bahawa Kabinet pentadbiran negeri Sabah akan dirombak susulan krisis politik yang melanda Negeri di Bawah Bayu itu.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Pemasyhuran Tunku Nadzaruddin tidak sah, lepaskan sendiri jawatan Tunku Panglima Besar Negeri Sembilan

ISTIADAT pemasyhuran Tunku Nadzaruddin Tuanku Ja'afar sebagai Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan ke-12 di sebuah hotel di Alor Gajah,...

More Articles Like This