PERIKATAN Nasional (PN) sudah hampir melengkapkan persiapan untuk menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) apabila proses agihan kerusi antara parti komponennya sudah mencapai 80 peratus setakat ini.
Timbalan Pengerusi PN, Tan Sri Abdul Hadi Awang memaklumkan perkembangan itu adalah hasil daripada perbincangan secara langsung berhubung rundingan pembahagian kerusi yang dibuat sejak Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).
Jelas Presiden Pas itu, perbincangan tersebut meliputi persediaan membabitkan PRN yang akan berlangsung di enam negeri iaitu Kedah, Pulau Pinang, Selangor, Negeri Sembilan, Kelantan dan Terengganu.
“Sebenarnya semasa PRU15 (lalu) sudah ada perbincangan secara langsung dan itu menjadi asas perbincangan dalam persediaan menghadapi PRN.
“Jadi (boleh) dikatakan sudah siap 80 peratus di keenam-enam negeri,” katanya memetik laporan Berita Harian.
Baca lagi: Saya kecewa, umum pecat kepada media tidak profesional – Tian Chua
Mengulas lanjut, Abdul Hadi turut menzahirkan keyakinan untuk mengekalkan gelombang sokongan rakyat khususnya golongan muda terhadap PN dalam PRU15.
Kata Ahli Parlimen Marang itu, PN sudah membuat post mortem selepas hasil PRU15 menunjukkan peningkatan luar biasa oleh rakyat.
“Gelombang PRU15 baru-baru ini dilihat memberi sokongan kuat (terhadap PN) apabila kita menyapu bersih negeri yang kita perintah di Kelantan, Terengganu manakala Kedah cuma satu kerusi saja kita terlepas.
“(Ini) menandakan kita ada kekuatan dan hasil ‘post mortem’ yang dibuat kita dapati, undi di Dewan Undangan Negeri kita menang secara keseluruhan,” katanya.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

