Sertai Kerajaan Perpaduan tugas patriotik UMNO buat negara – Mohamad

Azrul Hakimie Anuer
Azrul Hakimie Anuer
Penulis merupakan wartawan di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 18 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2022, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak/penyiaran/portal lain sejak tahun 2008. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama (perkembangan semasa/politik/sukan).

Dari Penulis

KEPUTUSAN UMNO menyertai Kerajaan Perpaduan adalah tugas patriotik untuk negara selepas Perikatan Nasional (PN) berkeras menolak saranan kerjasama dengan Pakatan Harapan (PH).

UMNO pada waktu itu berasa bertanggungjawab untuk tampil dan menjadi penyelesai kepada usaha pembentukan kerajaan seperti mana disarankan oleh Yang di-Pertuan Agong.

UMNO yang sekian lama memperjuangkan perpaduan Melayu serta nasional tidak boleh berpeluk tubuh dan membiarkan masa depan Malaysia menjadi ‘secondary’.

Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan menegaskan, membawa Malaysia keluar daripada kemelut pasca pilihan raya umum adalah misi utama parti pada ketika itu.

“Terlalu banyak isu yang mencengkam rakyat saban hari, dan kita tidak boleh membiarkan drama politik ini berlarutan sehingga menjejaskan kualiti hidup rakyat.

“UMNO harus melakukan tugas patriotiknya untuk negara ini, memastikan bahawa kerajaan dapat dibentuk dengan bantuan UMNO walaupun UMNO tewas.

“Kerana kedudukan negara yang genting pada saat itulah maka UMNO memeterai persefahaman dengan PH, GRS dan GPS untuk bekerjasama mentadbir negara ini,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Perasmian Serentak Perhimpunan Agung Wanita, Pemuda dan Puteri Tahun 2022, malam ini.

Mohamad menambah, selain itu, antara sebab UMNO memilih bekerjasama dalam Kerajaan Perpaduan kerana menyedari bahawa menjadi pembangkang bukanlah perkara yang mudah.

Katanya, dengan pengalaman terbatas sebagai pembangkang, UMNO mungkin akan terus melemah jika ia berada di luar kerajaan.

Seperkara lagi, katanya, pengalaman bekerja dengan PN dalam kerajaan sebelum ini sangat sukar terutama dengan kewujudan parti yang mahu menghapuskan UMNO buat selama-lamanya.

“Begitu juga pengalaman kita bekerjasama dengan PAS. Mereka tidak pernah setia atau ikhlas. Tanpa segan, mereka berselingkuh dengan semua parti terutamanya si janda UMNO.

“Dengan pengalaman bekerjasama secara ‘marriage of convenience’ semenjak Langkah Sheraton, UMNO merasakan bahawa kita memerlukan sesuatu yang lebih lestari dan konkrit.

“Jadi bila Istana Negara mengusulkan penubuhan Kerajaan Perpaduan pada UMNO, ia adalah solusi yang paling ampuh,” katanya lagi.

Mengulas mengenai hubungan dengan DAP, Mohamad berkata, pendirian politik mestilah diasaskan kepada realiti politik dan disesuaikan dengan keperluan serta dinamika semasa.

“Keputusan beberapa pilihan raya umum lepas jelas menampakkan bahawa di sebalik cemuhan kita kepada DAP, sokongan Melayu tidak meningkat. Malah merosot.

“Kerana faktor yang mendorong orang melayu menyokong atau menolak kita ternyata bukanlah pendirian kita terhadap DAP,” ujarnya.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

MCA bidas Nga Kor Ming kaitkan Najib dengan PRN Johor

MCA menyifatkan tindakan Timbalan Pengerusi DAP, Nga Kor Ming mengaitkan keputusan Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor dengan hukuman penjara...

More Articles Like This