PELAKON Puteri Sarah Liyana bakal memfailkan penceraian di Mahkamah Syariah Kuala Lumpur pada Isnin ini.
Ujar Puteri Sarah atau Puteri Sarah Liyana Megat Kamaruddin,38, pada awalnya dia bercadang untuk memfailkan penceraian pada hari ini namun terpaksa ditangguhkan berikut terikat dengan jadual penggambaran di Port Dickson, Negeri Sembilan ketika ini.
“Ya saya akan failkan penceraian dan akan ke Mahkamah Syariah Kuala Lumpur pada hari Isnin,” katanya.
Menurut Puteri Sarah, dia sudah berbincang dengan keluarga dan keluarga mentuanya sebelum membulatkan tekad untuk bercerai dengan suaminya, Syamsul Yusof.
Sekadar info, Puteri Sarah dan Syamsul bernikah pada 8 Mac 2014 dan hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan sepasang cahaya mata, Syaikhul Islam,6, dan Sumayyah yang kini berusia empat tahun.
Pada 6 Januari lalu, Syamsul membuat pendedahan mengejut apabila mengesahkan sudah berkahwin dengan Ira Kazar yang merupakan anak kepada pelakon senior, Kazar Saisi.

Penulis merupakan Pengarang URTV di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama lebih 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital.
Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal lain sejak tahun 2014.
Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan indsutri seni hiburan dalam dan luar negara.

