UMNO sedia untuk direset – Ahmad Zahid

Dari Penulis

UMNO bersedia untuk direset bagi mengelakkan wujud kabilah berbeza dalam di dalam parti.

Presidennya, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, beliau menyantuni perbezaan pendapat dalam kalangan mereka yang berminat untuk bersama dengan kepimpinan atau melakukan reset.

“Yang penting reset ini boleh kita lakukan bersama-sama dan tidak penting bagi kita melayani perbezaan-perbezaan yang akhirnya mewujudkan kabilah-kabilah yang berbeza.

“Saya mempunyai pendirian dan berkeyakinan adalah lebih baik kita bersama-sama untuk melakukan perubahan secara drastik dengan segera,” katanya seperti dilapor Sinar Harian.

Baca artikel lain: Lawanlah, adakan pemilihan jangan tutup demokrasi – Johari Ghani

Beliau berkata demikian kepada pemberita pada Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2022 di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL), hari ini.

Ahmad Zahid diminta mengulas kewujudan poster di media sosial memaparkan lapan pemimpin UMNO kononnya sebagai kumpulan yang bakal mencabar kepimpinan beliau pada pemilihan parti nanti.

Poster tersebut menamakan Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Seri Johari Ghani sebagai calon Presiden UMNO diikuti Timbalan Ketua UMNO Rembau, Khairy Jamaluddin sebagai Timbalan Presiden.

Mengulas lanjut, Ahmad Zahid menjelaskan, ekoran itu beliau akan menggariskan hala tuju baharu UMNO yang menjadi tulang belakang kepada Barisan Nasional (BN) nanti.

“Ini sebagai persediaan menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN), Pilihan Raya Umum (PRU) dan lain-lain gerakan massa yang harus mendapat semula dokongan akar umbi dan mereka yang tidak berparti supaya kita dapat sama-sama memahami dan akhirnya mendokong serta menyokong UMNO dan BN,” katanya lagi.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Ribut rosakkan beberapa rumah di Taman Mewah, Shafwan ambil inisiatif segera hulur bantuan

BEBERAPA rumah di Jalan Selendang 13, Taman Mewah, Bukit Permai, mengalami kerosakan selepas kawasan itu dilanda ribut. Calon Pakatan Harapan...

More Articles Like This