Gula dalam susu formula bayi – BAIK atau JAHAT?

Dari Penulis

PARANOID di kalangan para ibu menjadi fenomena sejak muncul iklan yang membongkar kewujudan gula tambahan dalam susu bayi.

Tidak dinafikan iklan tersebut sangat bagus untuk mewujudkan kesedaran di kalangan pengguna. Namun sebagai pengguna yang bijak, setiap maklumat perlu disiasat, bukan hanya diterima dan terus dipercayai begitu sahaja.

Memang benar kebanyakan produk susu formula yang ada di pasaran mengandungi gula sama ada gula semula jadi yang dikenali sebagai laktosa daripada sumber susu lembu atau gula tambahan daripada sumber tumbuh-tumbuhan. Ini kerana dalam susu ibu, laktosa yang merupakan sumber karbohidrat juga antara bahan yang menjadi kandungan utamanya. Jadi untuk mendapatkan formula gula yang juga salah satu sumber karbohidrat telah ditambah ke dalam susu formula.

Tidak kurang juga ada ibu bapa yang tidak berpuas hati dengan kewujudan kalkulator gula yang mengira kandungan gula dalam susu berdasarkan jumlah karbohidrat.

Secara logiknya, gula adalah sebahagian daripada karbohidrat, namun bukan semua karbohidrat adalah gula. Jadi ketepatan lebihan gula yang dikira menjadi tanda tanya.

Oleh itu, sebagai asas untuk memilih produk susu formula yang terbaik untuk anak, anda perlu tahu apakah kandungan semula jadi dalam susu ibu. Dengan itu, anda boleh menilai susu formula terbaik untuk anak anda.

1. Kandungan Susu Ibu

Susu manusia mengandungi dua jenis protein iaitu dadih (whey) da kasein. Kira-kira purata 60 hingga 80 peratus kandungan protein dalam susu ibu adalah whey manakala selebihnya lagi kasein.

Keseimbangan kandungan protein ini secara semula jadi mempercepatkan dan memudahkan proses pencernaan. Berbeza dengan kandungan susu formula yang kebiasaannya lebih tinggi kandungan kasein, ia menyukarkan proses penghadaman si manja.

2. Laktoferin

Protein ini menghalang pertumbuhan beberapa jenis organisma di dalam usus seperti koliform dan yis yang bergantung hidup kepada zat besi.

3. IgA Rembesan (Secretory IgA)

Imunoglobin berfungsi untuk melindungi bayi daripada virus dan bakteria terutama daripada jenis yang sama yang terdedah kepada individu sekitar bayi tersebut seperti ibu dan keluarganya.

Imunoglobulin lain yang terkandung dalam susu ibu termasuk IgG dan IgM juga mempunyai fungsi serupa. Ia turut membantu melawan E-coli dan kemungkinan elergi.

4. Lisozim

Enzim ini melindungi bayi daripada E-coli dan salmonella iaitu bakteria yang menyebabkan keracunan  makanan serta demam tifoid. Ia juga membantu meningkatkan pertumbuhan usus yang sihat dan fungsi anti-radang hati.

5. Bifidus

Membantu pertumbuhan laktobasilus iaitu bakteria baik yang melindungi bayi daripada bakteria dengan menghasilkan persekitaran berasid untuk mematikan bakteria.

6. Karbohidrat

Laktosa adalah kandungan utama karbohidrat yang ditemui dalam susu ibu. Ia menyumbangkan kira-kira 40 peratus jumlah bekalan kalori dari susu ibu. Laktosa membantu mengurangkan bilangan bakteria jahat dalam perut bagi membolehkan bayi menyerap kalsium, fosforus dan magnesium dengan lebih baik. Ia membantu melawan penyakit dan meningkatkan pertumbuhan bakteria sihat dalam perut.

7. Lemak

Susu ibu turut mengandungi lemak yang penting untuk kesihatan bayi. Lemak diperlukan untuk tumbesaran otak, menyerap vitamin yang larut lemak dan menjadi sumber utama tenaga.

Selain pembangunan otak, asid lemak sangat diperlukan untuk pembentukan retina mata dan sistem saraf. Ia diserap ke dalam otak semasa semester terakhir ibu mengandung dan juga melalui proses penyusuan oleh ibu.

8. Vitamin

Jumlah dan jenis vitamin yang terkandung dalam susu ibu bergantung sepenuhnya kepada pengambilan vitamin oleh ibu itu sendiri. Ini menjadi sebab mengapa seorang ibu perlu mendapatkan bekalan makanan yang cukup zat termasuk vitamin.

Selain vitamin jenis larut lemak iaitu vitamin A, D, E dan K, vitamin larut air seperti vitamin C, riboflavin, niasin dan asid pantotenik juga penting untuk kesihatan bayi. Kerana keperluan vitamin ini, pengamal perubatan akan menyarankan ibu yang menyusukan bayi untuk meneruskan pengambilan vitamin pranatal.

9. Leukocytes

Adalah sel hidup yang hanya terdapat dalam susu ibu. Ia membantu melawan jangkitan. Yang pasti, gabungan antibodi, sel hidup, enzim dan hormon yang menyebabkan susu ibu menjadi susu paling ideal untuk bayi. Dan semua kandungan ini tidak dapat ditambah ke dalam susu formula. Inilah yang membezakan susu ibu dengan susu formula!

Sebagai ibu bapa, anda pasti ingin yang terbaik untuk anak anda. Bagaimanapun, ibu bapa yang bijak, tahu untuk memilih yang terbaik untuk anak.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Sushi King perkenal pengalaman yakiniku pertama seluruh Malaysia

SUSHI King kini memperluas pengalaman menjamu seleranya menerusi pelancaran pengalaman Yakiniku Sushi King serba baharu di semua cawangan seluruh...

More Articles Like This