
BEKAS Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Hishammuddin Hussein menyatakan beliau sedia bertanding sekiranya pemilihan parti itu diadakan dalam masa terdekat.
Bagaimanapun beliu tidak memperincikan jawatan yang akan direbutnya dan memaklumkan ia perlu menunggu keputusan sama ada pemilihan akan diadakan atau tidak.
“Kita kena menunggu mesyuarat Perhimpunan Agung UMNO(PAU) kali ini dan sekiranya keputusan PAU ada pemilihan, saya sendiri tidak keberatan memikirkan untuk bertanding dalam pemilihan yang akan datang,” katanya kepada pemberita pada PAU 2022 di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL), hari ini.
Dalam pada itu, Hishammuddin berkata, beliau turut menghargai kenyataan Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi kerana memaafkan 10 Ahli Parlimen BN termasuk ada daripada UMNO yang mana ada segelintirnya menuduh ia mengkhianati perjuangan parti.
BERITA BERKAITAN ‘Memaafkan tetapi tidak melupakan’, wujud cubaan singkirkan Presiden UMNO
Menurutnya, beliau juga tertanya-tanya mengapa mereka dikatakan sebagai pengkhianat sedangkan di peringkat awal usaha bersama dengan Pakatan Harapan (PH) adalah bercanggah dengan parti.
Bagaimanapun katanya, apabila parti membuat keputusan berkecuali mereka menarik semula sokongan itu selain turut bersetuju dengan kehendak parti selaras dengan titah Yang di-Pertuan Agong untuk membentuk Kerajaan Perpaduan.
“Jadi di mana pengkhianatnya? Saya mahu ingatkan kepada semua pihak orang ramai sudah bosan dengan cara kita berbalah , menuduh sesama kita kerana penting untuk parti melihat ke hadapan. Tiada yang saya perlu bimbang kerana kita konsisten sebelum ini.
“Kita kena berdepan Pilihan Raya Negeri, kita sudah kalah pada pilihan raya baru-baru ini (jadi) saya harap kita dapat bincangkan dalam PAU ini hala tuju dan cara untuk mengurangkan jurang di kalangan orang ramai terhadap parti dan perjuangan,” katanya.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram