AHLI-ahli UMNO diminta bersedia menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) tidak lama lagi bersama-sama parti dalam ‘kerajaan perpaduan’ dan seterusnya menyertai kerajaan secara bersama di Pulau Pinang, Selangor, dan Negeri Sembilan.
Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, parti itu dengan kerjasama kerajaan perpaduan akan mampu menghadapi PRN ‘dengan gagah dan kuat.’
Kerajaan perpaduan yang memerintah kerajaan pusat ketika ini terdiri dari gabungan Pakatan Harapan, Barisan Nasional, Gabungan Parti Sarawak dan Warisan, Gabungan Rakyat Sarawak.
Sementara itu, katanya, UMNO akan meletakkan muka-muka baharu dan muda sebagai calon PRN yang bakal diadakan pada masa terdekat.
Beliau berkata, semua Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri diminta untuk mengenal pasti dan mengetengahkan calon-calon tersebut khususnya membabitkan daripada sayap Pemuda dan Puteri.
BERITA BERKAITAN Zahid beri bayangan UMNO bersama PH dalam PRN
Katanya, persediaan perlu dilakukan segera kerana agar UMNO dilihat bergerak ke hadapan dalam melakukan perubahan dan pembaharuan dalam gerak kerja dan tindakan.
“UMNO perlu diremajakan. Remaja dalam konteks muka-muka baharu dan idea-idea segar. UMNO mesti berupaya menawarkan harapan baharu buat rakyat,” katanya dalam ucapan penggulungan Perhimpunan Agung UMNO 2022 di sini hari ini.
Dalam pada itu, Ahmad Zahid memaklumkan, Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan dilantik sebagai Pengarah Pilihan Raya dan War Room bagi enam PRN tersebut.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram