SEMBILAN ahli Wanita UMNO yang dalam perjalanan pulang selepas menghadiri Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2022 terbabit dalam kemalangan di Lebuhraya Pantai Timur (LPT) arah timur, semalam.
Kemalangan yang berlaku di Kilometer 240.6 itu menyebabkan sembilan ahli Wanita UMNO itu yang dalam perjalanan pulang ke Kemaman mengalami kecederaan ringan.
Memetik laporan Sinar Harian, Ketua Polis Daerah Kuantan, Asisten Komisioner Wan Mohd Zahari Wan Busu berkata, kemalangan itu dipercayai berlaku selepas van dinaiki sekumpulan Wanita UMNO itu terbabas.
Kata beliau, ia berlaku selepas van tersebut mahu mengelak sebuah kenderaan lain yang brek secara mengejut.
Wan Mohd Zahari berkata, van dinaiki sekumpulan wanita itu dipandu seorang pemuda berusia 37 tahun.
“Siasatan awal mendapati, pemandu bersama sembilan orang penumpang dari arah Kuala Lumpur hendak menghala ke arah Kemaman selepas selesai program PAU 2022.
Baca artikel berkaitan: Pemandu treler cedera kemalangan tiga lori dekat Karak
“Akibat kemalangan tersebut, pemandu tidak mengalami sebarang kecederaan, namun sembilan penumpang wanita mengalami kecederaan ringan dan kini mendapatkan rawatan di Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA),” katanya.
Beliau memaklumkan, hasil siasatan awal mendapati kemalangan berlaku atas kecuaian pemandu yang tidak dapat mengawal kenderaan ketika memandu sehingga menyebabkan kemalangan.
“Kes masih dalam siasatan lanjut di bawah Seksyen 43(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya.
Sementara itu, Ketua Wanita UMNO, Datuk Seri Dr Noraini Ahmad dalam hantaran di Facebook sempat meluangkan masa menziarahi kumpulan tersebut di HTAA, malam tadi.
“Selesai sahaja PAU 2022, saya dan rakan-rakan telah bergegas ke Hospital Kuantan untuk menziarahi sahabat-sahabat Wanita UMNO Kemaman yang terlibat dalam kemalangan di LPT petang tadi,” katanya.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

