23 pemain Malaysia akan beradu nasib di Terbuka India, Zii Jia turut serta

Dari Penulis

MALAYSIA dengan 14 pemain lelaki dan sembilan pemain wanita menjadi kontinjen keempat terbesar pada kejohanan badminton Terbuka India 2023.

China mempunyai wakil paling ramai iaitu 30 pemain, diikuti Jepun dengan 29 pemain dan Indonesia seramai 25 pemain.

Menurut penganjur, seramai 242 pemain dari 22 negara akan menyertai kejohanan yang berlangsung di Stadium Tertutup Indira Gandhi, di sini bermula esok hingga 22 Jan.

Viktor Axelsen dari Denmark, yang menjuarai Terbuka Malaysia semalam,  Anthony Sinisuka Ginting (Indonesia), Lee Zii Jia (Malaysia), P.V. Sindhu (India) dan Carolina Marin (Sepanyol) adalah antara pemain utama dunia yang akan beraksi pada kejohanan itu.

Pemain Malaysia lain dalam saingan itu adalah Ng Tze Yong, Soong Joo Ven (perseorangan lelaki), Goh Jin Wei (perseorangan wanita), Aaron Chia-Soh Wooi Yik (beregu lelaki), Pearly Tan-M. Thinaah (beregu wanita), Hoo Pang Ron-Teoh Mei Xing, Chen Tang Jie-Toh Ee Wei, Tan Kian Mei-Lai Pei Jing dan Goh Soon Huat Shevon Lai Jemie.

Terbuka India telah dinaikkan kepada status Super 750 tahun ini. 

— BERNAMA

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Azeem Fahmi rekodkan 10.09s, catat sejarah rakyat Malaysia pertama ke final NCAA

MUHAMMAD Azeem Fahmi membuktikan dirinya masih lagi pelari pecut terbaik pernah dihasilkan negara apabila mencatat 10.09 saat (s) dalam...

More Articles Like This