Kerajaan cari jalan lain bantu rakyat selain pengeluaran KWSP – PM

Dari Penulis

KERAJAAN akan berusaha mencari jalan bagi membantu rakyat yang terkesan dengan kos sara hidup berbanding membenarkan pengeluaran Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, majoriti pencarum memiliki baki simpanan yang sangat kecil dan adalah lebih baik ia disimpan untuk kegunaan lebih mendesak.

“Kalau tengok orang yang simpan KWSP itu duit sedikit sekali, jadi saya pertimbang untuk keperluan yang mendesak.

“Saya bimbang masa depan mereka, jadi lebih baik kita (kerajaan) cari jalan untuk bantu mereka,” katanya seperti dilapor Sinar Harian.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas Majlis Amanat Perdana Menteri bersama Penjawat Awam di Negeri Perlis di Dewan 2020, hari ini.

Baca artikel lain: Pejuang perlu umum pemimpin yang telah melepaskan jawatan

Ahad lalu Pertubuhan Aktivis Rakyat Malaysia (Prorakyat) meminta, kerajaan supaya mempertimbangkan cadangan pengeluaran wang KWSP sebanyak RM30,000.

Presidennya, Khairul Anuar Othman berkata, pengeluaran secara one-off antara RM10,000 hingga RM30,000 itu adalah sebagai langkah penyelesaian jangka pendek dan panjang supaya rakyat tidak terputus perbelanjaan wang tunai.

Tambah beliau, pihaknya menerima banyak aduan daripada pencarum KWSP yang mahu pengeluaran dibenarkan sekali lagi.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Pemasyhuran Tunku Nadzaruddin tidak sah, lepaskan sendiri jawatan Tunku Panglima Besar Negeri Sembilan

ISTIADAT pemasyhuran Tunku Nadzaruddin Tuanku Ja'afar sebagai Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan ke-12 di sebuah hotel di Alor Gajah,...

More Articles Like This