KPM harap ada peruntukan tambahan dalam Bajet 2023 bulan depan

Dari Penulis

KEMENTERIAN Pendidikan Malaysia (KPM) berharap terdapat peruntukan tambahan bagi sektor pendidikan dalam Bajet 2023 yang akan dibentangkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim bulan depan.

Menterinya, Fadhlina Sidek berkata, peruntukan tambahan itu akan disalurkan untuk mengurus dan menyelenggara sekolah terutama sekolah-sekolah daif di seluruh negara.

“Memang keutamaan kita, itu sebab saya kata apabila ia menjadi keutamaan, pastinya dalam belanjawan itu juga tertumpu kepada pembangunan sekolah-sekolah di seluruh negara,” kata Ahli Parlimen Nibong Tebal itu.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas melawat Sekolah Kebangsaan (SK) (P) Bandar Tinggi, hari ini.

Fadhlina turut mengumumkan peruntukan sebanyak RM500,000 untuk sekolah berkenaan bagi membaik pulih bahagian bangunan yang usang.

Baca lagi: Armada gesa KPM tidak tunduk tekanan Jiao Zong isu Bahasa Melayu

Menyentuh mengenai projek sekolah daif, beliau berkata terdapat lebih 300 projek tersebut di seluruh Malaysia dengan 12 daripadanya di Johor.

Selain projek sekolah daif, KPM juga akan melihat penyelenggaraan dan penambahbaikan kuarters guru yang daif bagi menjaga keselesaan dan kebajikan mereka.

Pada Bajet 2022, KPM menerima peruntukan terbesar berjumlah RM52.6 bilion iaitu 16 peratus keseluruhan anggaran perbelanjaan Persekutuan.

— BERNAMA

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Ribut rosakkan beberapa rumah di Taman Mewah, Shafwan ambil inisiatif segera hulur bantuan

BEBERAPA rumah di Jalan Selendang 13, Taman Mewah, Bukit Permai, mengalami kerosakan selepas kawasan itu dilanda ribut. Calon Pakatan Harapan...

More Articles Like This