Nikita Mirzani tetap solat Subuh walaupun mengaku berzina dengan teman lelaki

Dari Penulis

PELAKON sensasi Indonesia, Nikita Mirzani mendedahkan tidak pernah meninggalkan solat Subuh meskipun dia tanpa rasa malu mengakui melakukan maksiat dengan teman lelakinya, Antonio Dedola.

Nikita membuat pengakuan terbuka itu ketika menjadi tetamu undangan podcast Dua Gacor yang dikendalikan oleh Christian Chandra, baru-baru ini.

“Pukul 5.30 pagi saya sudah bangun dan kemudian solat Subuh.

“Kalau lepas berzina, saya mandi junub dulu,” katanya.

Nikita Mirzani sedang menjalinkan hubungan cinta dengan Antonio Dedola

Sedar pendedahannya itu akan mendapat tentangan dan kritikan hebat daripada orang ramai, Nikita bagaimanapun tidak mahu membebankan diri untuk mengambil tahu kata-kata negatif netizen.

Jelas Nikita, dia yang melakukan dosa, justeru dia sendiri yang akan bertanggungjawab atas semua dosa-dosa yang dilakukan di dunia.

“Habis tu kenapa? Kan saya yang berzina. Dosa itu saya yang tanggung.

“Yang berdosa saya, yang sedap itu juga saya,” ujarnya.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

“Selama ini tak pernah terfikir…,” – Iman Troye taruh kreativiti demi showcase solo

PENYANYI, Iman Troye meluahkan rasa teruja bercampur gemuruh apabila namanya dipilih sebagai antara pengisi utama bagi siri persembahan eksklusif,...

More Articles Like This