DALAM usaha membudayakan pembayaran tanpa tunai dalam kalangan masyarakat luar bandar, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) dan Payments Network Malaysia Sdn Bhd (PayNet) telah melancarkan projek [email protected]
Projek rintis itu akan diadakan di 28 Pusat Ekonomi Digital Keluarga Malaysia (PEDi) terpilih seluruh negara melalui pendekatan pameran dan pelbagai aktiviti.
PayNet dimiliki oleh Bank Negara Malaysia (BNM) dan 11 bank tempatan adalah pengendali rangkaian pembayaran runcit kebangsaan serta perkongsian infrastruktur berpusat untuk pasaran kewangan Malaysia.
Jabatan Komunikasi Korporat MCMC memberitahu, [email protected] bertepatan dengan matlamat mempertingkatkan tahap literasi pembayaran digital di bawah Rangka Tindakan (Blueprint) Ekonomi Digital Malaysia.
Menurutnya, kajian cerapan pembayaran digital PayNet 2022 mendapati, 78 peratus rakyat negara ini masih lagi cenderung menggunakan pembayaran tunai pada tahun 2021 iaitu 11 peratus kurang berbanding tahun 2020.
Baca artikel lain: Malaysia sokong peralihan kepada tenaga hijau berasaskan keperluan, realiti – Menteri
Namun, menurutnya lagi, trend penggunaan tunai kembali meningkat pada 2022 terutamanya di kawasan luar bandar.
“Projek rintis ini bermula di PEDi PPR Sri Pantai dan PEDi PA Seri Sabah, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur pada 31 Disember 2022.
“Penduduk setempat didedahkan dengan maklumat dan kelebihan kaedah pembayaran tanpa tunai serta berpeluang menikmati pengalaman berbelanja tanpa tunai melalui pelbagai kaedah e-pembayaran yang dikendalikan oleh PayNet seperti kad debit (MyDebit), JomPay, DuitNow QR, dan sebagainya,” katanya dalam kenyataan, hari ini.
MCMA menambah, pada bulan Januari ini, kempen [email protected] diteruskan di PEDi Taman Kelisa dan PEDi FELDA Soeharto di Selangor dan diikuti di beberapa PEDi di Negeri Sembilan, Melaka serta Johor.
Pada masa sama, MCMC dan PayNet akan mengkaji keberkesanan projek rintis ini sebelum program berkenaan diperluaskan di PEDi lain di seluruh negara.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram