Kuota pekerja asing: Majikan digesa tidak abai standard perburuhan – Sivakumar

Azrul Hakimie Anuer
Azrul Hakimie Anuer
Penulis merupakan wartawan di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 18 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2022, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak/penyiaran/portal lain sejak tahun 2008. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama (perkembangan semasa/politik/sukan).

Dari Penulis

MAJIKAN digesa untuk tidak mengabaikan aspek berkaitan standard perburuhan susulan kelonggaran kelulusan kuota pekerja asing yang diberikan kerajaan.

Menteri Sumber Manusia, V. Sivakumar juga mahu majikan memastikan dokumen untuk menyokong permohonan kuota pekerja asing yang dikemukakan adalah sahih.

Ini kerana, katanya, sebelum ini terdapat kes-kes permohonan yang melibatkan dokumen palsu.

“Saya telah mengeluarkan kenyataan media mengenai pelaksanaan Pelan Pelonggaran Penggajian Pekerja Asing pada 17 Januari 2023.

“Pelan ini adalah bagi menyegerakan proses permohonan serta kelulusan penggajian pekerja asing di sektor-sektor kritikal dengan penglibatan Kementerian Sumber Manusia dan Kementerian Dalam Negeri.

“Proses naziran bersama oleh Jabatan Tenaga Kerja Semenanjung Malaysia dan Jabatan Imigresen Malaysia akan dibuat selepas tempoh enam ke tujuh bulan daripada tarikh kelulusan kuota,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Beliau turut menuntut majikan dan pihak industri mematuhi standard perburuhan seperti pembayaran gaji bulanan termasuk gaji minima dan caruman di Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO).

“Saya memohon supaya majikan dapat memberikan sokongan sepenuhnya kepada hasrat kerajaan dalam menjayakan Pelan Pelonggaran Penggajian Pekerja Asing dengan majikan membuat permohonan kuota berdasarkan keperluan sebenar.

“KSM akan memastikan bahawa kelulusan kuota yang diberikan dapat memenuhi keperluan sebenar guna tenaga negara.

“Adalah penting untuk kita semua memastikan imej dan kredibiliti negara terjamin tanpa berkompromi terhadap kebajikan dan hak-hak pekerja seperti yang disarankan oleh Pertubuhan Buruh Antarabangsa,” katanya lagi.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Pemasyhuran Tunku Nadzaruddin tidak sah, lepaskan sendiri jawatan Tunku Panglima Besar Negeri Sembilan

ISTIADAT pemasyhuran Tunku Nadzaruddin Tuanku Ja'afar sebagai Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan ke-12 di sebuah hotel di Alor Gajah,...

More Articles Like This