Terbuka India: Aaron-Wooi Yik, Pearly-Thinaah mara ke separuh akhir

Dari Penulis

DUA beregu Malaysia – Aaron Chia-Soh Wooi Yik dan Pearly Tan-M. Thinaah – mara ke separuh akhir masing-masing dalam acara lelaki dan wanita Terbuka India 2023 pada Jumaat.

Aaron-Wooi Yik menewaskan rakan senegara Ong Yew Sin-Teo Ee Yi 21-17, 21-11 dalam pertembungan suku akhir selama 31 minit di Dewan Tertutup K. D. Jadhav.

Mereka ternyata gembira apabila berjaya mengesahkan slot ke separuh akhir.

“Kami bermain dengan baik hari ini. Kami mendahului dari awal dan saya rasa kami beraksi cukup baik,” kata Aaron kepada Bernama.

Pasangan nombor tiga dunia itu akan berhadapan sama ada dengan juara Terbuka Malaysia Fajar Alfian-Muhammad Rian Ardianto dari Indonesia atau gandingan Jerman Mark Lamsfuss-Germarvin Seidel.

BERITA BERKAITAN 23 pemain Malaysia akan beradu nasib di Terbuka India, Zii Jia turut serta

Sementara itu, pasangan beregu wanita negara juga tidak menghadapi masalah untuk menundukkan gandingan Jepun Rin Iwanaga-Kie Nakanishi 21-13, 21-13.

Pearly berkata: “Mereka (pasangan Jepun) ialah pemain yang bagus. Bukan mudah untuk dapatkan mata menentang mereka”.

Menjelang pertembungan separuh akhir, Thinaah berkata: “Kami tidak mahu sebarang tekanan. Kami hanya mahu beraksi lebih baik daripada perlawanan hari ini”.

Pada separuh akhir esok, pasangan nombor lapan dunia itu berkemungkinan menentang gandingan dari Thailand Benyapa Aimsaard-Nuntakarn Aimsaard atau Nami Matsuyama-Chiharu Shida dari Jepun.

— BERNAMA


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Azeem Fahmi rekodkan 10.09s, catat sejarah rakyat Malaysia pertama ke final NCAA

MUHAMMAD Azeem Fahmi membuktikan dirinya masih lagi pelari pecut terbaik pernah dihasilkan negara apabila mencatat 10.09 saat (s) dalam...

More Articles Like This