Bekalan ayam, telur kembali normal dan mencukupi bulan ini

Afiq Mohd. Shah
Afiq Mohd. Shah
Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

Dari Penulis

BEKALAN ayam dan telur akan kembali normal dan mencukupi untuk pasaran tempatan bermula bulan ini.

Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (MAFS) dalam kenyataan memaklumkan, jaminan itu diberikan Persekutuan Persatuan-Persatuan Penternak Malaysia (FLFAM).

Menurut MAFS, komitmen itu disuarakan dalam pertemuan antara kementerian itu dengan FLFAM, Khamis lalu.

Kementerian itu memaklumkan, Pertemuan itu dihadiri Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Mohamad Sabu; Ketua Setiausaha MAFS, Datuk Lokman Hakim Ali; pegawai kanan kementerian dan FLFAM diketuai Presidennya, Tan Chee Hee.

Katanya, pertemuan tersebut bertujuan membincangkan Memorandum FLFAM berkaitan isu yang menjejaskan kemampanan dan daya saing industri unggas khususnya ayam daging dan telur.

“Beberapa isu dibangkitkan FLFAM telah dibincangkan bersama termasuk harga kawalan dalam tempoh panjang yang menyebabkan penternak berhadapan kerugian kerana kos pengeluaran terus meningkat.

Baca artikel berkaitan: Langkah eksport telur ayam ketika bekalan domestik belum selesai dipersoal

“Selain itu, FLFAM turut membangkitkan tentang keperluan meningkatkan produktiviti melalui penternakan secara sistem tertutup; isu aliran tunai dalam kalangan penternak dan jangkaan bekalan ayam dan telur serta kos pengeluaran,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Mengulas lanjut, MAFS memaklumkan FLFAM turut menzahirkan penghargaan kepada kerajaan atas usaha dan sokongan dalam mencari penyelesaian yang seimbang tentang masalah dihadapi pengguna dan industri di Malaysia.

Kata kementerian itu, ia ekoran pelbagai cabaran yang wujud dalam proses rantaian bekalan makanan di seluruh dunia.

“MAFS akan terus komited mengadakan libat urus bersama pemain industri bagi memastikan industri ayam dan telur terus mampan bagi menjamin bekalan makanan sentiasa mencukupi untuk keperluan rakyat,” jelasnya.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Pemasyhuran Tunku Nadzaruddin tidak sah, lepaskan sendiri jawatan Tunku Panglima Besar Negeri Sembilan

ISTIADAT pemasyhuran Tunku Nadzaruddin Tuanku Ja'afar sebagai Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan ke-12 di sebuah hotel di Alor Gajah,...

More Articles Like This