PELAKON Mimi Lana berkongsi berita gembira apabila dia sudah dirisik oleh kekasihnya, aktor Syafiq Kyle dalam majlis yang hanya dihadiri keluarga kedua pihak, hari ini.
Mimi,28, menerusi Instagram ada memuat naik foto jari manisnya yang disarungkan sebentuk cincin.
“One step closer. Insya-Allah. Alhamdullilah,” tulisnya di kapsyen.
Sementara itu, dalam hantaran Syafiq,31, di Instagram pula, dia turut berkongsi kepada pengikutnya gambar dirinya sedang menyarungkan cincin tanda merisik di jari manis buah hatinya.
“Menghitung hari. 1 2 3 actions (serta emoji cincin),” tulisnya.
Menerusi ruangan komen, rakan selebriti dan peminat teruja serta mendoakan agar perjalanan pasangan ini menuju mahligai perkahwinan dipermudahkan.
Sebelum ini, Syafiq mendedahkan sudah menghadiri kursus kahwin dan bakal menamatkan zaman bujang pada tahun ini.
Pasangan ini mengakui mula menjalinkan hubungan istimewa pada 2019. Malah, Mimi dan Syafiq pernah putus cinta sekitar Mei 2020.

