PAS akan membuat keputusan sendiri berhubung pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) di tiga negeri yang ditadbirnya iaitu Kedah, Kelantan dan Terengganu.
Memetik laporan Sinar Harian, Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang berkata, parti itu tidak akan mengadakan perbincangan dengan Pakatan Harapan (PH) soal pembubaran DUN itu.
Kata beliau, terpulang kepada PH sama ada akan mengikut keputusan Pas atau sebaliknya.
Menurut Abdul Hadi, jika negeri diterajui PH iaitu Pulau Pinang, Selangor dan Negeri Sembilan mahu membubarkan DUN pada Jun depan, terpulang kepada gabungan tersebut.
“Kita akan berbincang sesama sendiri dan ia terpulang kepada kami bila mahu bubarkan DUN.
“Sama ada mereka (PH) nak ikut atau tidak, itu terpulang. Selama ini pun, mereka banyak mengikut kita. Sebelum ini, kita buat kenyataan tidak mahu ikut membubarkan Parlimen, mereka ikut juga,” katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas program Semarak Gelombang Rakyat Bersama Perikatan Nasional(PN) di Ladang Alam Warisan, Kuala Pilah.
Baca artikel berkaitan: Kedah tetap tidak bubar DUN sebelum Mac – MB
Hadir sama, Naib Presiden Bersatu, Datuk Radzi Jidin, Pengerusi PN Negeri Sembilan, Datuk Eddin Syazlee Shith dan Pesuruhjaya Pas Negeri Sembilan, Rafiei Mustapha.
Tegasnya, Pas akan membuat keputusan sendiri tentang tarikh bersesuaian untuk mengadakan Pilihan Raya Negeri (PRN) dan ia akan dibincangkan dalam mesyuarat pucuk pimpinan tertinggi parti akan datang.
Tambahnya, pihaknya juga akan membuat kajian pelbagai aspek sebelum menetapkan tarikh sesuai untuk pembubaran DUN.
“Kita akan kaji dari segi kesan kepada pengundi luar, mahasiswa, pengundi muda dan orang balik bercuti raya,” katanya.
Sementara itu, ditanya berkenaan tindakan BN Terengganu memfailkan tiga petisyen bagi mencabar keputusan Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) bagi kerusi Parlimen Marang, Kemaman dan Kuala Terengganu, Abdul Hadi berkata, ia merupakan tindakan gerak saraf kepada Pas.
“Ini kerana mengikut undang-undang pilihan raya, calon dan wakil calon tidak boleh memfailkan petisyen,” katanya.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

