Semarakkan Tahun Baharu Cina dengan semangat perpaduan – Ahmad Zahid

Afiq Mohd. Shah
Afiq Mohd. Shah
Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

Dari Penulis

RAKYAT Malaysia diseru supaya menyemarakkan sambutan Tahun Baharu Cina yang akan disambut esok dengan semangat perpaduan sesama kita.

Saranan itu disuarakan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dalam hantaran di Facebook, hari ini.

Sambil mengucapkan Selamat Tahun Baharu Cina kepada seluruh rakyat Malaysia khususnya masyarakat Cina, Ahmad Zahid turut menasihatkan orang ramai supaya mengeratkan hubungan silaturahim demi kesejahteraan negara.

“Selamat Tahun Baharu Cina dari keluarga besar Pejabat Timbalan Perdana Menteri dan Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah.

“Mudah-mudahan kita dalam dakapan kasih sayang di bawah lindungan dan rahmat-Nya,” katanya dalam hantaran tersebut.

Baca artikel berkaitan: PM ucap Selamat Tahun Baharu Cina, papar kisah seekor arnab

Sementara itu, Ahmad Zahid yang juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah dalam hantaran sama turut berkongsi rakaman video ucapan sempena sambutan perayaan itu.

Dalam video berdurasi satu minit 25 saat itu, beliau turut menyeru seluruh rakyat Malaysia membentuk persefahaman dan kesepaduan demi negara yang tercinta.

Katanya, keharmonian kaum dan keamanan yang dikecapi harus dipertahankan untuk kestabilan serta kemakmuran negara.

“Sempena tahun arnab yang membawa simbol kepada keamanan dan keharmonian, saya menyeru kita mengeratkan perpaduan dan jangan leka terhadap ancaman COVID-19.

“Jaga kesihatan di musim perayaan ini demi keluarga dan negara tercinta ini,” jelas beliau.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Pemasyhuran Tunku Nadzaruddin tidak sah, lepaskan sendiri jawatan Tunku Panglima Besar Negeri Sembilan

ISTIADAT pemasyhuran Tunku Nadzaruddin Tuanku Ja'afar sebagai Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan ke-12 di sebuah hotel di Alor Gajah,...

More Articles Like This