Bas persiaran dinaiki 44 penumpang terbakar di Plaza Tol Universiti Putra Malaysia (UPM), pagi tadi.

BAS persiaran dinaiki 44 penumpang terbakar di Plaza Tol Universiti Putra Malaysia (UPM), pagi tadi.

Penolong Pengarah Operasi, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Hafisham Mohd Noor berkata, satu panggilan kecemasan diterima pihaknya berhubung kejadian itu pada pukul 6.19 pagi.

“Bas persiaran itu dari Johor Bahru menghala ke Kuala Lumpur dan mengalami kebakaran 100 peratus.

Baca artikel lain: Aaron Chia-Soh Wooi Yik berjaya mara ke final Terbuka India

“Bagaimanapun, seramai 44 penumpang dan pemandu bas terbabit berjaya menyelamatkan diri,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Beliau berkata, kebakaran berkenaan turut menyebabkan 10 peratus bumbung pondok tol terbakar.

“Api berjaya dipadamkan kira-kira setengah jam kemudian. Punca kebakaran masih dalam siasatan,” katanya.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram