Keluarga Aiman Tino hantar rombongan merisik kekasih hati, Syarah Haifa

Anna Mohamed
Anna Mohamed
Penulis merupakan Pengarang URTV di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama lebih 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal lain sejak tahun 2014. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan indsutri seni hiburan dalam dan luar negara.

Dari Penulis

IBU kepada penyanyi Aiman Tino,24, iaitu Hazelina Mat Jalil mengesahkan telah menghantar rombongan merisik kekasih anaknya iaitu Syarah Haifa,24, di kediaman keluarga gadis itu di Cheras, semalam.

Menurut Hazelina,47, majlis yang diadakan secara sederhana itu diadakan sebagai sesi berkenalan dan merapatkan ukhwah antara kedua keluarga.

“Mereka belum bertunang lagi. Semalam hanya majlis merisik sahaja.

“Semalam juga adalah pertemuan pertama saya dan Syarah. Jadi, majlis semalam lebih kepada sesi suai kenal antara keluarga saya dan keluarga Syarah.

“Sebagai ibu, saya sentiasa beri sokongan dan merestui lebih-lebih lagi Aiman sendiri yang menyuarakan hasrat untuk ke fasa yang lebih serius beberapa bulan lalu,” katanya.

Dalam pada itu, Hazelina tidak dapat berkongsi butiran lanjut mengenai tarikh pertunangan dan pernikahan memandangkan Aiman dan Syarah masih lagi saling berkenalan.

“Saya tak berani nak cakap lebih mengenai hal perkahwinan sebab Aiman dan Syarah masih dalam proses berkenalan.

“Tapi saya mendoakan agar hubungan mereka biarlah sampai ke pernikahan. Saya harap orang di luar sana mendoakan yang baik-baik untuk hubungan mereka,” ujarnya.

Terdahulu, tular di media sosial apabila video ibu Aiman dilihat menyarung cincin di jari manis Syarah sebagai tanda sudah ‘diikat’.

Video terbabit dikongsikan oleh abang Syarah iaitu Farish Isa di Instagram.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Duit lesap, pengarah ‘ghaib’, Wafariena tak halalkan upah puluhan ribu

PELAKON Wafariena Roslan mendedahkan dirinya masih belum menerima baki bayaran lakonan daripada sebuah syarikat produksi drama walaupun sudah hampir...

More Articles Like This