Pelakon drama Vincenzo, Na Chul meninggal dunia pada usia 36 tahun

Dari Penulis

BINTANG drama bersiri terkenal Korea Selatan, Vincenzo iaitu Na Chul disahkan meninggal dunia, semalam.

Memetik laporan Allkpop, pelakon berusia 36 tahun itu sedang mendapatkan rawatan sebelum disahkan tidak bernyawa akibat masalah kesihatan yang semakin teruk.

Proses pengebumian mendiang akan berlangsung esok di Rumah Persemadian Hospital Universiti Soonchunhyang, Yongsan-gu, Seoul bagi memberi peluang kepada ahli keluarga, rakan dan peminat untuk memberikan penghormatan terakhir.

Difahamkan, mendiang akan dikebumikan pada Isnin ini.

Na Chul memulakan karier sebagai pelakon teater pada 2010 sebelum diberi tanggungjawab membintangi drama popular seperti Vincenzo, Through The Darkness, Happiness, Little Woman dan Weak Hero Class 1.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

“Selama ini tak pernah terfikir…,” – Iman Troye taruh kreativiti demi showcase solo

PENYANYI, Iman Troye meluahkan rasa teruja bercampur gemuruh apabila namanya dipilih sebagai antara pengisi utama bagi siri persembahan eksklusif,...

More Articles Like This