DASAR Perumahan Negara sedia ada akan dikaji semula berdasarkan rangkuman intisari Madani, kata Kementerian Pembangunan Kerajaan Tempatan (KPKT).

DASAR Perumahan Negara sedia ada akan dikaji semula berdasarkan rangkuman intisari Madani, kata Kementerian Pembangunan Kerajaan Tempatan (KPKT).

KPKT dalam kenyataan memaklumkan, langkah itu akan dilaksanakan supaya ia dapat diterjemahkan kepada nilai kesejahteraan dan keseimbangan untuk semua kumpulan rakyat Malaysia.

Kementerian itu memaklumkan bersedia mengkaji inisiatif sedia ada, mencari peluang insentif baharu dan memudahcara semua bentuk prosedur dalam kelulusan pemajuan perumahan supaya dapat memberi ruang kepada pemaju perumahan swasta bergiat aktif untuk menyediakan perumahan mampu milik yang berkualiti dan selesa untuk rakyat.

Menurut KPKT, Dasar Perumahan Negara sedang dikaji bagi melihat sektor perumahan secara menyeluruh khususnya dalam meningkatkan pelaksanaan rumah mampu milik dan penyediaan perumahan awam.

“Melalui pembangunan dasar perumahan baharu dan perancangan yang lebih teratur, KPKT percaya sasaran untuk penyediaan 500,000 rumah mampu milik menjelang 2025 akan berjaya melalui kerjasama semua agensi perumahan di peringkat Persekutuan, negeri dan pemaju swasta,” katanya dalam kenyataan itu.

Baca artikel berkaitan: Komitmen Perdana Menteri jayakan MA63 melalui Malaysia Madani mesti disokong

Sehubungan itu, KPKT memaklumkan akan melihat beberapa contoh dasar perumahan negara-negara lain termasuk Singapura terutama dalam perumahan awam dan mampu milik.

Katanya, ia berdasarkan kejayaan Singapura dalam penyediaan perumahan awam dan sosial untuk 80 peratus rakyatnya yang layak serta memerlukan tanpa mengira bangsa.

KPKT berkata, Dasar Perumahan Negara yang baharu mengambil kira pelbagai keperluan rakyat mengikut acuan budaya, adat resam, agama dan berbilang kaum di Malaysia.

“Mengambil kira aspek pengurusan perumahan mampu milik Singapura, KPKT bercadang untuk mengadakan sesi perkongsian ilmu bersama pakar perumahan daripada negara tersebut.

“Ia bagi mengukuhkan strategi pembangunan perumahan negara berpaksikan kerangka dasar Madani yang menerapkan nilai kemampanan, kesejahteraan, daya cipta, hormat, keyakinan dan ihsan,” jelasnya.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram