Tangkap layar memaparkan sekumpulan individu bergaduh di Siburan.

POLIS kini mengesan sekumpulan individu yang terlibat dalam kejadian pergaduhan di hadapan sebuah pasaraya Tong Yang Siburan, baru-baru ini.

Ketua Polis Daerah Padawan, Superintendan Abang Zainal Abidin Abang Ahmad berkata, pihaknya menerima laporan daripada salah seorang mangsa pada 18 Januari lalu.

Beliau berkata kejadian dipercayai berpunca daripada isu tidak puas hati kerana kereta terhalang.

“Bagaimanapun, kes ini masih dalam siasatan dan orang ramai dinasihatkan untuk tidak membuat sebarang spekulasi,” katanya dalam satu kenyataan semalam.

Baca artikel : Polis buru dua lelaki terlibat dalam kejadian gaduh sehingga sebabkan kematian di Kapar

Jelasnya, kes kini disiasat di bawah Seksyen 324, Seksyen 148 dan Seksyen 427 Kanun Keseksaan.

Sebarang maklumat mengenai kejadian boleh disalurkan ke Bilik Gerakan Ibu Pejabat Daerah Padawan di talian 082862233.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram