Mayat Haniff Harun ditemui tersangkut dalam sungai kira-kira 300 meter dari lokasi terakhir dilihat.

Lelaki yang dilaporkan dihanyutkan arus deras Sungai Tanum semasa menuruni Gunung Tahan di Kuala Lipis semalam, ditemukan lemas hari ini. 

Ketua Polis Daerah Lipis Supt Azli Mohd Noor berkata mayat Haniff Harun, 47, ditemukan pada 11.20 pagi, tersangkut dalam sungai kira-kira 300 meter dari lokasi terakhir dia dilihat. 

Mayat dihantar ke Hospital Kuala Lipis untuk bedah siasat. 

Haniff yang berasal dari Kampung Paloh Haji Daud, Kuala Terengganu difahamkan menyertai aktiviti mendaki gunung itu bersama sembilan individu. 

Mereka yang dipandu arah masing-masing seorang malim gunung dan porter memulakan pendakian pada Jumaat lepas (20 Jan) melalui laluan masuk Merapoh dan dijadualkan turun pada Selasa. 

Bagaimanapun, kumpulan itu terpaksa berpatah semula ke Kuala Jeram semalam, akibat cuaca buruk dan kejadian didakwa berlaku semasa mereka menyeberangi sungai selebar kira-kira 20 meter. 

Baca artikel : Buaya hantar jasad budak mati lemas kepada keluarga

Operasi mencari dan menyelamat yang diaktifkan sejak petang semalam, melibatkan lapan pegawai dan 58 anggota polis, bomba, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) serta Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan).  

— BERNAMA 

Monday , 23 January 2023

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram