Polis mengesahkan satu saman telah dikeluarkan kepada sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) jenis Toyota Velfire di atas kesalahan halangan lalu lintas di Jalan Flora 3, Batu Pahat, Jumaat lalu.

Ketua Polis Daerah Batu Pahat, Asisten Komisioner Ismail Dollah berkata, saman itu dikeluarkan ketika anggota menjalankan rondaan dan penguatkuasaan di kawasan terlibat.

“Kedudukan bahagian belakang MPV terbabit telah terkeluar dari petak parkir yang disediakan sehingga menyebabkan halangan lalu lintas di jalan tersebut.

“Satu notis saman K170(A) telah dikeluarkan atas kesalahan di bawah peraturan LN166/59016(1),” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Jelasnya, pihak yang tidak berpuas hati dengan notis terbabit diminta tampil ke Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Batu Pahat untuk mengemukakan rayuan atau diberi satu tarikh untuk hadir perbicaraan di mahkamah.

Ismail berkata, semua pengguna jalan raya diminta mematuhi peraturan lalu lintas yang telah ditetapkan oleh undang-undang.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram