Beberapa lebuh raya menuju ke ibu negara dijangka sesak bermula petang sehingga tengah malam ini. GAMBAR: Abd Razak Aid

BEBERAPA lebuh raya menuju ke ibu negara dijangka sesak bermula petang sehingga tengah malam ini.

Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman, Datuk Seri Mat Kasim Karim berkata, antara lokasi dijangka sesak adalah Plaza Tol Gombak dan Plaza Tol Sungai Besi.

“Kesesakan juga dijangka di Lebuhraya Karak-Bentong, membabitkan laluan dari arah Plaza Tol Bentong menghala Gombak.

“Ia disebabkan pertambahan kenderaan dari arah Kelantan menuju Bentong serta dari arah Lebuhraya Pantai Timur (LPT), malah kesesakan turut bakal berlaku di laluan mendaki,” katanya seperti dilapor Sinar Harian.

Mat Kasim menambah, kawasan lain adalah di Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) membabitkan laluan Slim River dan Changkat Jering ke Ipoh disebabkan pertambahan kenderaan selain laluan mendaki.

“Kita juga menjangkakan kesesakan di Lebuhraya ELITE, membabitkan laluan Shah Alam-Sepang-Nilai akibat pertambahan kenderaan,” katanya lagi.

Baca artikel lain: Lapor pada KJRI jika ejen masih kenakan caj lebih RM15,000 untuk amah

Beliau berkata, JSPT menjangkakan sebanyak dua juta kenderaan menggunakan Lebuhraya PLUS, manakala sebanyak 150,000 kenderaan menggunakan Lebuhraya Pantai Timur 1 dan 200,000 kenderaan menggunakan laluan Karak-Kuala Lumpur pada Selasa.

“Setakat ini berdasarkan rekod Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM), sebanyak 1,181,805 kenderaan menggunakan Lebuhraya PLUS sehingga jam 12 tengah hari tadi, manakala 115,158 kenderaan menggunakan Lebuhraya Karak-Kuala Lumpur,” katanya.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram