SEEKOR anak ikan paus yang ditemui terdampar di kawasan pantai Kampung Nelayan Batu 4, Kuala Baram, Miri, berjaya diselamatkan dengan bantuan anggota bomba.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Bomba Negeri Sarawak berkata, sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Lutong dikerahkan ke lokasi kejadian pada 12 tengah hari tadi.

@utusantvofficial

Anak ikan paus sepanjang 4 meter. Bomba ke lokasi kira² pukul 12 tengah hari. 📽️ Azhar Qhacoi #beritaditiktok #fyp #trendingnewsmalaysia #miri

♬ original sound – UtusanTV – UtusanTV

“Bomba tiba di lokasi kejadian dan mendapati seekor anak ikan paus sepanjang empat meter terdampar di tepi pantai,” katanya memetik laporan Borneo Network.

Baca artikel : NARWHAL : Ikan paus bertanduk yang kian terancam

Operasi menyelamat telah dijalankan dengan bantuan orang awam yang sama-sama menolak ikan paus ke kawasan lebih dalam bagi memudahkan untuk berenang ke laut.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram